Wednesday, January 6, 2010

TANGGUNGJAWAB

Kita selalu mendengar hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Sesungguhnya Allah akan bertanya setiap penanggungjawabnya , apakah dia telah memeliharanya ataupun mensia siakannya"

Inilah satu soalan besar yang patut ditanya kepada kita semua sebagai ibubapa, sebab soalan ini boleh menjadikan anak tanggungan kita menjadi harta ( asset) ataupun beban ( liability) . Diantara sebab- sebab tanggungan kita menjadi beban ialah :-

1. Perselisihan ibu bapa ( Penceraian )

2. Masa lapang yang disalah gunakan

3. Percampuran yang salah

4. Layanan ibu bapa yang tak sesuai

5. Menonton , dan membaca cerita -cerita jenayah , sex dan lain -lain yang negatif

6. Ibu bapa mengabaikan anak -anak dan tidak memberi kasih sayang

Kalau kita sayangkan anak-anak dan jagaan kita , tambahlah pembacaaan pengajian dan pembelajaran supaya kita dapat kaedah yang terbaik untuk menangani masalah anak-anak zaman sekarang. Diantara buku yang saya rasa sesuai untuk dibaca ialah "Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam " jilid 1 dan 2 oleh Abdullah Nasih Ulwan .

Selamat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

2 comments:

  1. Assalammualaikum ustaz..

    Banyak post ustaz menceritakan macam mana mendidik anak-anak..

    Tapi macam mana sesebuah keluarga tu, nak mendidik anak-anak, sedangkan ibu bapa mereka sendiri yang ada masalah akidah?

    Apa pendapat ustaz? Macam mana nak mendidik ibu bapak pulak?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Ferzly. Terima kasih kerana sudi membaca, kemudian saya bersyukur kepada Allah kerana masih ada hamba Allah yang mengambil berat akidah orang sekelilingnya. Saya cuba nak beritahu Ferzly yang saya bukan seorang ustaz, tapi setiap hadith dan hukum-hukum yang telah saya tulis telah saya rujuk di kitab atau kepada ustaz-ustaz yang berkelayakan. Mengenai ibubapa yang akidahnya dihujung tanduk itu dia adalah tanggungjawab kita semua . Pertama, kalau Ferzly mengenali dia, hampiri dan banyak beri pertolongan kepada keluarganya. Jangan terus bercerita tentang agama sebelum dia betul yakin dengan Ferzly. Kemudian Ferzly kena beritahu kawan pejabat dia (kalau dia bekerja di pejabat) dan mereka mesti bergaul rapat dengan dia. Kalau boleh perlahan-perlahan jauhkan dia dari kawan-kawan yang melonggarkan akidahnya. Kalau Ferzly boleh cuba lagi, hubungi jemaah surau berdekatan dengan rumah dia. Ajak mereka ziarah dengan membawa sedikit buah tangan. Tapi segala perbuatan ini mesti dilakukan dengan hikmah, jangan terlalu nampak (obvious). Insya-Allah kalau Ferzly usaha ini, Allah akan beri ganjaran sama ada dia berubah atau tidak. Tahniah kepada Ferzly atas usaha dan fikiran yang suci ini. Hingga bertemu di lain siri. Salam dari saya-Yamin.

    ReplyDelete