Saturday, January 16, 2010

MAKANAN BERKHASIAT

Semua pelajar-pelajar , sama ada pelajar aliran akademik, pelajar aliran agama atau mereka yang menghafal Al-Quran mempunyai satu cita-cita untuk berjaya , kalau boleh secepat mungkin.

Faktor kejayaan memang banyak ,selain dari keizinan dari Allah , faktor usaha , faktor tempat belajar , faktor ibubapa dan banyak lagi . Hari ini saya cuma nak bercerita dari sudut pemakanan , itupun terlalu ringkas rasanya.

Diantara makanan yang menguatkan ingatan ialah:-

1. Madu lebah diminum dengan sudu plastik. Surah al-Nahl ayat 68 , Allah menjelaskan bahawa madu yang keluar daripada lebah berperanan sebagai ubat bagi pelbagai jenis penyakit .

2. Tamar
3. Habatus sauda'

4. Kacang soya dan produknya seperti tempe dan air soya.

5. Kismis ( hitam ) dimakan 21 biji

6. Sayur brocolli

7. Pistachio 3 biji sehari sudah mencukupi

8. Ikan Terubuk, Salmon, dan belut

9. Barli

10. Badam (almond)

Diantara makanan yang mengurangkan daya ingatan ialah:-

1. Makanan segera ataupun junk food

2. Arak

3. Makanan masam seperti jeruk

4. Apple hijau ( acidic)

5. Daun ketumbar

6. Kepala ikan terutama kepala ikan bilis

7. Air dimasuki semut

8. Air yang berkafin ( caffein )

9. Organ dalaman binatang

10. Air berkabonat


Mudah - mudahan pelajar tidak lagi memakan makanan yang tidak bernilai dan memberitahu kawan-kawan tentang perkara ini . Esok insyaAllah kita akan berbincang tentang aktiviti yang menguatkan dan melemahkan daya ingatan pula.

No comments:

Post a Comment