Wednesday, January 20, 2010

HATI TIDAK SEKERAS BATU

Semalam kita berbicara tentang tidak ada pengajian keibu-bapaan atau pengajian nak menjadi suami dan isteri mithali di mana-mana universiti di negara kita ini. Oleh itu, semua pasangan suami isteri sama ada yang baru mendirikan rumah tangga atau dah lama, mesti bijak mencari sumber-sumber ilmu rumah tangga dari bahan-bahan bacaan, bahan-bahan pendengaran, internet ataupun pemerhatian pasangan-pasangan yang hidup bahagia.

Mengikut buku "Suami Mithali Isteri Sejati" oleh Dr. Juanda Jaya ada banyak tip kebahagian rumah tangga ini diantaranya:-

* JANGAN TERLALU SENSITIF

Jika suami mengalami gangguan emosi , disebabkan kesilapan yang anda lakukan pasti mengunjung kemarahannya. Anggaplah ia sebagai ribut petir yang akan beransur-ansur pulih , cuaca mendung dan ribut akan berganti cerah jika anda tidak melayani perasaan yang terlalu sensitif.

*JANGAN GANGGU DIA

1. Buatlah sesuatu yang disukainya dan hindari apa-apa yang dibenci.

2. Jangan pergi dari sisinya dengan buat tak tahu saja.

3. Jangan biarkan suami anda menangung sendiri kesusahan yang dideritainya

*JANGAN MINTA SESUATU YANG DIA TAK BOLEH BAGI

1. Uruslah diri anda sendiri untuk beberapa saat yang mencabar ini.

2. Jangan tambah beban pada bahunya.

InsyaAllah , hati manuasia ini tidak lah sekeras batu . Dengan doa dan mengetahui tanggung jawab masing-masing rumahtangga bahagia itu akan tercapai.

Selamat Mencuba lagi !

No comments:

Post a Comment