Monday, January 4, 2010


Minggu lalu semasa ada dua hari tidak hujan , saya mengambil penyapu lidi untuk menyapu daun daun ditaman Surau Al- hikmah , malangnya bila mula menyapu lidi lidi penyapu tersebut patah dan bertaburan . "Bukan kah bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh" . Rupa rupanya walaupun lidi lidi tersebut bersatu menjadi penyapu , penyapu itu ditinggalkan saja disatu tempat dan tidak digunakan , maka reputlah dia.


Begitulah kita umat Islam , walaupun kita nampak ramai dalam satu satu tempat , tapi tidak merancang apa apa usaha bersama , kita akan menjadi lemah , dan tdak mendatangkan hasil.Betullah Rasulullah pernah mengatakan , yang maksudnya lebih kurang , umat akau pada satu hari ramai bilangannya seperti buih dilaut , tapi bila datang ombak berpecahlah mereka .


Jadi tindakan pertama sekarang , kalau masih belum bersolat berjemaah disurau dan masjid, datang segera. Kalau sudah istiqamah ajak kawan , jiran dan keluarga berjemaah bersama.Insyaallah selepas itu Allah akan menyatukan hati hati kita untuk membuat sesuatu



No comments:

Post a Comment