Lebih kurang dua bulan lalu ada dua ekor anak kucing ditinggalkan di hadapan rumah saya. Kedua-duanya dalam keadaan kurus, takut, dan lapar. Sebagai manusia biasa saya terpanggil untuk memberi mereka makan dan minum. Dari keadaan lemah,takut dan lapar mereka lama- kelamaan menjadi sihat, jinak, dan manja. Malam-malam kalau pintu tidak ditutup, mereka akan tidur bersama saya hinggakan semasa artikel ini ditulis pun mereka sibuk datang bermanja.
Kalau kita lihat sebilangan besar umat Islam di Malaysia sekarang, memang tidak peduli akan Allah langsung. Bila diadakan permainan bola sepak di stadium contohnya entah berapa orang saja yang solat Asar dan Maghrib. Dipertunjukkan terbuka di dataran-dataran, di stadium-stadium dan pertunjukkan pentas yang bertaburan seperti cendawan tumbuh selepas hujan, orang-orang Islam sudah tidak sujud kepada Allah lagi. Mereka lupakah siapa yang membesarkan mereka. Lupakah siapa yang memberi udara untuk dihirup dan terus bernafas. Lupakah mereka siapa yang memberi rezeki, kesihatan, kemampuan berfikir, boleh melahirkan zuriat, boleh itu dan boleh ini. Semuanya dengan izin Allah. Kalau kita lakukan segala arahan Allah pun, masih tidak dapat menandingi pemberian Allah, inikan pula kalau kita melanggar perintah-NYA.
Jika binatang boleh berterima kasih kepada manusia, jika kita boleh menyanjung dan memuji sesama manusia, mengapa manusia yang dikatakan bijak dan berilmu itu tidak boleh bersyukur kepada PENCIPTA-nya?
No comments:
Post a Comment