Dalam jam 2.15 petang tadi saya pergi ke surau dan terlihat seorang anggota polis baru habis solat Zohor.Sesudah berkenalan buat beberapa minit , dia pun beredar dengan kawannya yang menungggu didalam kereta polis. Mengapa anggota polis yang didalam kereta itu tidak solat bersama? Mungkinkah dia sudah solat terlebih dahulu, atau kata kawan surau saya , mungkin dia datang bulan! Tak mungkin, kata saya sebab yang tidak solat itu lelaki.
Perkara yang saya hendak sampaikan disini ialah untuk solat berjemaah itu adalah perkara yang amat sukar.Berkawad dibawah panas terik boleh dilakukan , dengan keadaan yang lurus dan sama pula tu., menari boleh seirama , memanah, menembak boleh menepati sasaran dengan tepat. Tapi untuk menepati waktu solat amatlah susah , lagi susah kalau berjemaah.
Kalau dilihat keluarga kita pun sudah berbeza beza .Ada anak yang solat segera , ada yang disuruh baru solat. Ada isteri yang solat sesudah menonton drama TV dan macam macam perangai lagi.
Jadi saya menyeru kita semua supaya berusaha mengajak manusia semua untuk solat berjemaah. Yang lelaki disurau dan masjid . Kaum wanita memimpin jemaah dirumah. Kalau ini terlaksana banyak masalah masalah masyarakat yang memeningkan kepala kita zaman ini akan selesai dengan izin Allah , kalau tidak percaya cubalah solat berjemaah selama 40 hari tanpa henti . Insya-Allah.

No comments:
Post a Comment