Tuesday, September 30, 2014

JANGAN MENANGIS




Sesekali ada eloknya kalau kita boleh menangis. Insaf. Sedar. Syukur dan bertimbang rasa atas kesusahan orang lain. Di antara kebaikan menangis mengikut sains ialah :

1. Membaiki penglihatan.

2. Air mata membunuh bakteria.

3. Membuang toksin.

4. Meningkatkan keyakinan diri.

5. Mengurangkan stress.

6. Boleh menggalakkan komunikasi.

7. Boleh membawa ketenangan.

Untuk menangis sama-sama kita saksikan video berikut dari Metro TV Indonesia:



Mudah mudahan hati kita sedikit terubat bila melihat betapa mewahnya kehidupan kita jika di bandingkan dengan orang lain.Terima kasih atas masa anda.








Monday, September 29, 2014

BAGAIMANA BERDAKWAH







 Banyak cara, diantaranya :

1. Berdoa dan memohon kepetahan dari Allah.

2. Bercakap dengan yakin.

3. Jadi peramah dan tunjukkan kasih sayang.

4. Ajak manusia kepada Islam dengan bahasa yang santun.

5. Ceritakan asas Islam dan elakkan cakap-cakap terbuang.

6. Gunakan perkataan manis dan jangan sesekali menghina.

7. Elakkan pertengkaran dan perselisihan .

8. Kawal kemarahan anda.

9. Tunjukkan bukti al Quran atau lojik akal bagi yang bukan Islam.

10. Terangkan maksud dan keindahan Islam.

Seterusnya kita ikuti ceramah Ustaz Felix Siauw berkaitan dakwah.



Moga kita dapat sedikit gambaran tentang seni berdakwah.Terima kasih atas waktu anda.







Sunday, September 28, 2014

JALAN KE SYURGA – TAHAJJUD




Saidina Umar mengatakan kelebihan solat malam: “Sesiapa mengerjakan solat malam ( tahajjud) dengan kusyuk nescaya dianugerahkan Allah Sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

DI DUNIA :

1. Jauh dari segala penyakit.

2. Lahir kesan taqwa pada wajahnya.

3. Di kasihi seluruh manusia.

4. Percakapannya mengandungi hikmah

5. Di kurnaikan kekuatan dan di beri rezeki dalam agama.

DI AKHIRAT:

1. Di bangkitkan dari kubur dengan wajah berseri.

2. Di permudahkan hisab

3. Cepat melalui siart-al-Mustaqim

4. Di serah suratan amalan melalui tangan kanan.

Selanjutnya kita ikuti video Ustaz Hadid Saiful Islam berikut:



Semoga kita lebih teransang untuk solat malam.Terima kasih.











Saturday, September 27, 2014

POTENSI DIRI ANDA – HEBAT !




Kita semua dilahirkan HEBAT. Malangnya suasana sekeliling , pergaulan dan pendidikan kita banyak menyumbang terhadap pencapaian kita yang agak kurang memberangsangkan. Diantara ciri-ciri peningkatan potensi diri adalah :

1. Jangan berfikir atau bercakap negatif.

2. Sentiasa meminta pertolongan Allah.

3. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain.

4. Asuh potensi anda.

5. Cari bidang yang anda minat untuk diceburi.

6. Tambah kekuatan rohani anda.

7. Belajar menerima keritikan.

8. Nilai diri anda sendiri. Jangan terlalu banyak mendengar pendapat orang lain.

Sebagai bahan tambahan ikuti video Ustaz Muhammad Yassir berikut:



Sesudah memahami kehebatan diri kita sendiri , Inshaa Allah tugasan yang kita akan lakukan adalah lebih mudah. Terima kasih atas perhatian dan waktu anda. 









Friday, September 26, 2014

ISLAM ADALAH SEGALANYA




Zaman sekarang , orang-orang Islam bertungkus lumus untuk memberi anak-anak mereka pendidikan. Alhamdulillah . Di beri makanan terbaik. Sekolah terbaik. Tution tambahan . Peralatan computer dan lain-lain. Malangnya banyak yang mengabaikan pendidikan dan amalan agama.

Ibu bapa akan bercerita bahawa anak-anak mereka sedang belajar kedoktoran, perundangan , kejuruteraan dan lain-lain. Malangnya kadang- kala anak-anak itu tidak menutup aurat lansung dan tidak dibincangkan lagi tentang solat dan amalan-amalan wajib yang lain.

Pada kita , ISLAM ADALAH SEGALANYA . Jika anak kita seorang buruh sekalipun , adalah lebih baik daripada seorang doktor yang tidak taat pada Allah. Kita ikuti video ringkas Imam Siraj Wahhaj berikut :



Ringkas tapi padat. Mudah difahami dan mudah mudahan dapat diamalkan. Terima kasih atas perhatian dan waktu anda. Lebih indah kalau kita sama-sama sebarkan mesej ini.