Wednesday, September 24, 2014

JANGAN KATAKAN ‘TAK BOLEH’




Salah satu ciri positif yang kita mesti semaikan pada anak-anak ialah jangan sesekali mengatakan ‘TAK BOLEH’

Kebanyakan anak-anak kita bila di suruh ‘score ‘ matematik , dijawab tak boleh. Suruh cemerlang sains- susah. Suruh berpidato atau mengaji al Quran dikatakan ‘payah’.

Tapi bila merempit – boleh pulak. Ponteng sekolah – no problem. Saya pernah lihat murid perempuan pakai baju kurung memanjat pagar sekolah untuk ponteng. Jadi sama-samalah kita semaikan semangat sanggup mencuba dalam semua perkara yang baik-baik.

Mungkin video berikut boleh menambah lagi semangat anak-anak dan dan semangat kita sendiri untuk hidup lebih positif. Saya sendiri mengalirkan air mata semasa menontonnya.



Terima kasih kerana tidak mengatakan ‘tak boleh’ dan terus menonton video tadi. 









No comments:

Post a Comment