Friday, January 31, 2014

AL QUR AN DAN PEMULIHARAAN ( CONSERVATION )





Pembaziran adalah faktor  utama yang menyumbang terhadap pencemaran zaman sekarang oleh itu usaha yang di perkenalkan sebagai kitar semula ( reduce, reuse, recycle) amat tepat sekali dengan waktunya. Ini mengingatkan kita akan firman Allah yang bermaksud :

“ ..............dan janganlah kamu melampau- lampau ( pada apa-apa jua yang kamu makan dan belanjakan) Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau-lampau” Surah al Anaam ayat 141.



Penekanan mengelak pembaziran yang menyumbang kepada pencemaran telah di peringatkan dalam hal mengambil wuduk . Ketika mengambil wuduk , kita tidak dibenarkan membazir walaupun didalam sungai yang mengalir. Pada zaman dulu mungkin manusia tidak dapat memahami maksud ayat tersebut, tetapi sekarang , dalam keadaan dunia yang kekurangan sumber air, ayat itu memang menepati tuntutan semasa.



Banyak lagi rahsia-rahsia yang belum mampu di bongkar oleh manusia , tetapi fakta-fakta saintifik setakat ini membuktikan yang Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah .

Terima kasih atas turut sama berfikir. Jangan lupa sampai-sampaikan ilmu anda.







Thursday, January 30, 2014

KELEBIHAN MENANAM POKOK




Sumbangan pokok ke alam semula jadi amat banyak . Di seluruh dunia , manusia terpaksa menanam berjuta-juta pokok semata-mata untuk menjaga 'ekosistem' kita di dunia ini. Itulah sebabnya  Islam amat menggalakkan manusia menanam pokok saperti yang di sebut dalam satu Hadis Rasullullah S.A.W yang bermaksud : 






"Seorang Muslim yang menanam pokok atau tanaman lalu tanaman itu di makan oleh burung , manusia atau binatang ternakan maka , semua itu adalah di kira sebagai sedekah" Hadis riwayat daripada Anas r.a 



Rasullullah  S.A .W juga bersabda dengan maksud : "Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat , maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam kurma tersebut" (HR Imam Ahmad )

Malangnya sekarang tak ramai orang-orang Islam yang terlibat dengan sukarelawan yang menanam pokok . Eloklah kalau anak-anak kita di didik dari kecil tentang mustahaknya menanam pokok-pokok. 

Terima kasih atas kesedaran anda.









Wednesday, January 29, 2014

TEMAN SETIA ANDA - AL QURAN




Dari Abdullah bin Mas'ud R.A berkata : "Sesungguhnya Al Quran ini adalah penolong yang diberi hak memberi syafaat  maka barang siapa yang mengikutinya ia akan mengiringnya ke Syurga , dan barang siapa yang meninggalkannya atau berpaling daripadanya , maka akan di masukkan ke dalam Neraka" ( Hadis riwayat Al Bazzar )

Bukhari dan Muslim pula meriwayatkan , Rasulullah S.A.W bersabda dengan maksud :

"Perumpamaan manusia yang membaca Al Quran adalah saperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan Mukmin yang tidak membaca Al Quran pula adalah saperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap".

Di Akhirat , pada ayah dan ibu yang Muslim pula di beri perhiasan yang tidak setanding dengan dunia ( walaupun berlipat ganda ) sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua , padahal amal kami tidak sampai ini ?" Lalu di jawab : "Kamu di beri ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al Quran"

Oleh itu hati- hati lah  bila memilih teman setia . Pilihlah teman yang boleh membantu kita di akhirat kelak - Al Quran .
Terima kasih atas perhatian anda , kalau boleh cubalah baca Al Quran sebelum Subuh.












Tuesday, January 28, 2014

BAGAIMANA MENINGKATKAN IMAN



Semalam kita merenung sedikit sebab-sebab lemahnya Iman. Hari ini kita akan melihat bagaimana untuk meningkatkan Iman yang lemah . Mudah-mudahan ia dapat sedikit sebanyak dapat digunakan sebagai bekalan dakwah. Yang penting, setiap waktu kita dapat menyampaikan kebaikan kepada semua umat manusia.

Di antara cara-cara untuk meningkatkan keimanan adalah sebagai berikut :

1. Membaca dan merenung maksud Al Quran  .Rasakan  Allah berbicara dengan kita.

2. Sedar dan yakin akan kekuasaan Allah . Segala-galanya  dibawah kekuasaanNya.

3. Sentiasa usahakan untuk menuntut ilmu Islam , sekurang-kurangnya perkara-perkara  asas yang di perlukan dalam amalan setiap hari.

4. Hadiri majlis-majlis memperingati Allah kerana di sana Malaikat -Malaikat turut hadir.

5. Pertingkatkan amal baik anda. Satu kebaikan akan menjurus kepada kebaikan yang lain.

6. Kita mesti merenung akhir hayat kita .Mengingati mati , menamatkan angan-angan dan kecintaan kepada dunia.

7. Bayangkan beberapa peringkat akhirat , umpamanya saat kita di masukkan kedalam kubur, saat kita di adili di hadapan Allah, kemudian saat kita di hantar ke syurga atau neraka.

8. Sentiasa berdoa . Sedarlah kita amat memerlukan Allah . Sentiasa merendah diri dan jangan terlalu matelialistik.

9. Kasih sayang kita pada Allah mestilah di buktikan dengan amal. Malam-malam sebelum tidur, sentiasalah muhasabah diri tentang perkara yang berlalu di siang hari.

10. Ingatlah bahawa dosa dan kemungkaran pada Allah akan melemahkan keimanan kita , sebaliknya amal baik akan meningkatkan semula keimanan kita.

Semoga usaha kita sama-sama untuk memperbaiki keimanan masing-masing akan di permudahkan oleh Allah.

Terima kasih kerana terus membaca dan menyebarkan ilmu yang berfaedah.







Monday, January 27, 2014

PEMERIKSAAN IMAN





Minggu sudah saya bawa isteri ke satu pusat perubatan untuk ‘medical check up’ . Ia mengambil masa begitu lama , termasuk tiga kali mengambil darah , kencing dan lain-lain. Bayarannya pula begitu mahal. Keputusan pula hanya di ketahui minggu ini.

Kita jarang-jarang pula buat ‘iman check up’ .  Walau bagimanapun berikut adalah tanda-tanda iman yang lemah:

1. Melakukan dosa tanpa rasa bersalah.

2. Mempunyai hati yang keras dan tidak berminat membaca Al Quran.

3. Berasa malas untuk membuat kebaikan dan melambat-lambatkan solat.

4. Mengabaikan Sunnah

5. Mempunyai perasaan yang tidak tenteram , resah dan mudah terganggu

6.Tidak terkesan bila mendengar ayat-ayat suci Al Quran , terutama berkaitan hukuman kepada pendosa.

7. Susah untuk mengingati Allah atau pun berzikir.

8. Tidak merasa berdosa bila melakukan sesuatu bertentangan syariah.

9. Sentiasa mementingkan dan mengutamakan kekayaan

10.Kedekut . Susah untuk mengeluarkan derma.

11.Menyuruh orang lain melakukan kebaikan tetapi tidak dia sendiri tidak melakukannya.

12.Merasa selesa bila orang lain tidak berjaya atau menghadapi kesulitan.

13. Setakat memikirkan halal dan haram sahaja, tidak memikirkan yang makruh.

14. Memperlekehkan amalan-amalan kecil orang lain.

15. Tidak mengambil peduli tentang kesusahan orang-orang Islam.

16. Tidak berasa bertanggung jawab untuk mempromosi Islam

17. Berhujjah semata-mata kerana berhujjah , bukan mencari kebenaran.

18. begitu tertumpu kepada kerja-kerja dunia dan berasa amat sedih jika kehilangan atau kekurangan harta benda.

19. Berasa megah dengan diri sendiri.

Setakat ini kita periksalah diri kita tentang petanda-petanda ( sympton) lemah iman ini dan sama-sama kita baiki. Kita sanggup berbelanja mahal untuk mengubati sakit fizikal kita, berapa pula usaha kita untuk memperbaiki iman yang lemah. Masing-masing jawab sendiri, terima kasih.








Sunday, January 26, 2014

KESAN WANG





Ibn al – Qayyim mengatakan :

“Bila wang berada dalam tangan anda dan bukan didalam hati anda . ia tidak akan merosakkan anda walaupun bilangannya banyak : tetapi kalau ia berada didalam hati anda , ia akan merosakkan anda walupun anda tidak memiliki wang”

Kita renungkan bersama . Terima kasih.








Saturday, January 25, 2014

CARA UNTUK MENJADI GADIS ISLAM YANG BAIK





Ramai gadis-gadis Islam di negara kita yang dah terlanjur atau pun tercari-cari untuk kembali ke pangkal jalan. Allah maha pengampun dan penerima taubat, oleh itu pintu taubat sentiasa terbuka. Cubalah langkah-langkah berikut untuk merubah diri anda kearah  seorang Islam yang sempurna:

1. Fahamlah anda boleh berubah dengan izin Allah , walaupun anda rasa anda telah menyimpang jauh.

2. Cari penyebab anda membelakangi agama , jika keluarga atau kawan-kawan jadi penyebab , ingatlah mereka tidak akan bersama anda dihari pembalasan.

3. Tutuplah aurat ( Hijab ) dengan sempurna jika anda ingin berubah.

4. Solat lima waktu sehari semalam.

5. Baca Al Quran bersama terjemahannya

6. Dalami ilmu-ilmu Islam

7. Peruntukkan waktu setiap hari untuk aktiviti Islam saperti solat , menambah ilmu dan merapatkan hubungan dengan Allah.

8. Berpakaian dengan sopan dan sempurna.

9. Berdamping dengan kawan-kawan yang berakhlak baik, terutama yang sama matlamat dengan anda.

10. Elakkan pengaruh negatif , termasuk kawan-kawan lama anda , walaupun ini memerlukan pengorbanan dan usaha yang gigih.

11. Maafkan diri anda dan mohon keampunan dari Allah atas dosa-dosa yang lalu.

12. Perhatikan kelemahan anda dan tumpukan masa untuk memperbaikinya.

13. Jangan gopoh untuk berubah , buat selangkah demi selangkah tapi berterusan.

14. Cari suami yang soleh supaya dia dapat membantu anda dan mendidik anak-anak kejalan yang benar.

Ingatlah Islam tidak melarang anda untuk berhibur atau bergembira , tetapi ia mestilah tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan Islam.

Terima kasih atas perhatian anda . Jika anda memang seorang gadis Islam yang berada di landasan yang betul, ajaklah keluarga dan kawan-kawan yang masih tercari-cari jalan yang benar.