Banyak
sungguh ayat-ayat al Quran mengajak kita merenung alam dan ciptaan Allah yang
lain dengan harapan kita dapat pengajaran darinya dan sekaligus
mempertingkatkan keimanan kita.
Allah
berfirman dengan maksud :
“
Perhatikan dan fikirkanlah tentang apa yang ada dilangit dan bumi daripada segala kejadian yang menakjubkan ,
yang membuktikan keEsaan Allah dan kekuasaanNya” –Yunus : 101
“Dan
Dialah memudahkan laut, supaya kamu dapat makanan daripadanya daging yang
lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda
perhiasan untuk kamu memakainya dan ( selain itu ) engkau melihat pula
kapal-kapal belayar padanya , dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari
limpah kurniaNya , dan supaya kamu bersyukur” – An Nahl : 14
Berdasarkan
ayat-ayat tersebut saya akan cuba mengajak anda merenung secara santai
kejadian-kejadian Allah mudah-mudahan ia dapat dijadikan sebagai pembuka mata
dan minda dan seterusnya meningkatkan keimanan kita bersama.
Hari ini
kita akan merenung kejadian Allah yang paling perlahan perjalanannya baik di
darat atau pun di air – SIPUT . Sambil merenung makhluk ciptaan Allah ini kita
cuba mengetahui sedikit fakta-fakta berkaitan siput.
1. Apa
makanan siput ?
Kebanyakan
siput darat memakan tumbuhan , sama ada yang segar atau yang sedang reput.
2. Di
mana siput tinggal ?
Siput tinggal
di darat atau sebahagiannya di air.
Badan siput sangat lembut tetapi mempunyai ‘rumah’ yang kuat (
cengkerang ) . Ada juga siput yang tinggal di padang pasir dan boleh tinggal
dalam kulitnya tanpa keluar selama dua tahun atau lebih.
3. Siapa
musuh siput ?
Oleh
kerana siput adalah sebahagian dari ‘rantai makanan’ ia mempunyai banyak
pemangsa. Diantara musuhnya ialah burung, katak, kura-kura, ular, ayam , itek
termasuk manusia.
4. Bagaimana
siput mempertahankan diri ?
Siput
boleh menguncup ke dalam cengkerang mengelakkan dari musuh-musuh kecil.
5. Berapa
jangka hayat siput ?
Siput boleh
hidup di antara lima ke sepuluh tahun . Ada juga yang di ketahui hidup hingga
lima belas tahun.
6.
Bagaimana siput bergerak ?
Siput seolah
olah ‘merangkak’ atau ‘menjalar’ di atas kaki yang rata . Kaki siput yang
lembut tidak luka bila melalui jarum atau kaca tajam
7. Di
mana mata siput ?
Mata siput
terletak di hujung sesungut dan satu lebih panjang dari yang satu lagi.
8. Adakah
siput jantan atau betina ?
Tiap-tiap
siput adalah jantan dan betina pada
setiap ekor. Spesis ini di panggil ‘hermaphrodite’
.
9. Apa
yang di lakukan anak siput bila dia menetas ?
Anak siput
yang menetas akan terus mencari makanan. Di antara makanannya ialah sarung
telur atau telur-telur yang tidak menetas.
10. Bagaimanakah
kitaran hidup siput ?
Siput lahir
sebagai telur. Bila ia mula menetas , kulit atau ‘cenkerang’ nya lembut. Siput
dikira dewasa pada umur dua tahun dan mula bertelur pada umur tiga tahun.
Begitulah
kejadian Allah – siput yang selalu di bunuh di taman-taman atau di kutip
sebagai makanan. Bersyukurlah kita pada Allah yang menjadikan siput.
Terima
kasih atas waktu anda.
In philosophy if you aren't moving at a snail's pace you aren't moving
at all.
By perseverance the snail reached the ark.
Time sometimes flies like a bird, sometimes crawls like a snail; but a
man is happiest when he does not even notice whether it passes swiftly or
slowly.
No comments:
Post a Comment