Sedang dua orang ahli
perniagaan berbual-bual dalam satu penerbangan , sepasang suami isteri Islam
duduk di barisan hadapan mereka. Ahli perniagaan tersebut sengaja nak
menyakitkan hati mereka lalu berbual dengan kuat.
“Bos aku nak hantar aku ke Arab Saudi” kata peniaga pertama “tapi aku tak
mau pergi kerana terlalu banyak orang Islam di sana”
Pasangan Islam tadi
terdengar perbualan itu dan terasa tidak selesa .
“Oh ya ? Bos aku nak hantar
aku ke Pakistan , aku tak mau juga , terlalu ramai orang Islam di sana” katanya
dengan tertawa.
“Satu ketika aku di suruh ke
Indonesia , aku tolak sebab kat sana pun ramai orang Islam, merata-rata ada
saja orang Islam”
“Memang betul” kata seorang
lagi, “dulu aku ke Perancis , terserempak juga dengan puak-puak Islam tu”
ketawanya sinis.
Sudah tak sabar mendengar
sinis yang membenci orang-orang Islam tersebut, pasangan Islam tersebut menoleh
ke belakang dan menjawab dengan sopan , “Mengapa kamu berdua tak pergi ke
neraka ,kat sana tak ramai orang Islam” katanya dengan sinis.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment