Wednesday, January 8, 2014

KUDA LAUT ( SEAHORSE )





Banyak sungguh ayat-ayat al Quran mengajak kita merenung alam dan ciptaan Allah yang lain dengan harapan kita dapat pengajaran darinya dan sekaligus mempertingkatkan keimanan kita.

Allah berfirman dengan maksud :

“ Perhatikan dan fikirkanlah tentang apa yang ada dilangit dan bumi  daripada segala kejadian yang menakjubkan , yang membuktikan keEsaan Allah dan kekuasaanNya” –Yunus : 101

“Dan Dialah memudahkan laut, supaya kamu dapat makanan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan ( selain itu ) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya , dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya , dan supaya kamu bersyukur” – An Nahl : 14

Berdasarkan ayat-ayat tersebut saya akan cuba mengajak anda merenung secara santai kejadian-kejadian Allah mudah-mudahan ia dapat dijadikan sebagai pembuka mata dan minda dan seterusnya meningkatkan keimanan kita bersama.



Hari ini kita akan merenung kejadian Allah didalam laut – KUDA LAUT (SEAHORSE) dengan menjawab beberapa soalan yang selalu ditanyakan :

1. Adakah kuda laut sejenis ikan ?

Ya, kuda laut di kategorikan sebagai sejenis ikan



2. Berapa banyak jenis kuda laut ?

53 jenis




3. Bagaimana rupanya ?

Kuda laut menyerupai banyak binatang . Kepala saperti kuda. Ekor saperti ekor monyet. Ada kantung saperti kangaroo.



4. Berapa besarnya kuda laut ?

Berbeza diantara satu inci ke empat belas inci lebih kurang

5. Di mana terdapat kuda laut ?

Selalu terdapat didalam laut, dikawasan yang berumput atau di perairan hutan bakau atau pun di kawasan terumbu karang.



6. Berapa lama jangka hayatnya ?

Dalam jangkaan satu tahun , tiga tahun dan lima tahun.

7. Apa makanan mereka ? 

Mereka memakan pelbagai makanan halus dalam laut termasuk telur ikan kecil. Mereka menyedut makanan kerana ketiadaan gigi dan tiada perut.

8. Apa yang memakan mereka ?

Selalunya mereka dimakan ikan, burung penguin, ketam dan juga penyu. Tetapi musuh utama kuda laut ini ialah manusia.






9. Adakah mereka berpasangan hingga mati ?

Selalunya dalam keadaan semula jadi , mereka akan perpasangan sampai mati, tetapi dalam kurungan, mereka mengamalkan poligami



10. Berapa lamakah mereka membunting ?

Biasanya dua minggu hingga ke sebulan . Yang anehnya kuda laut jantanlah yang bunting dan melahirkan anak. Terdapat diantara 100 hingga 200 anak dilahirkan setiap kali , walau bagaimana pun pernah di catitkan hingga 1572 ekor anak dilahirkan sekali gus.



Kira –kira 20 juta ekor kuda laut di perdagangkan setiap tahun. Banyak negara di seluruh dunia menjual kuda laut untuk perhiasan, peliharaan dan sebagai ubat tradisi.Di antara negara yang memperdagangkan kuda laut ialah negara kita , Malaysia. Jika sesuatu tindakan tidak diambil segera , kemungkinan kuda laut ini akan pupus satu hari nanti.

Anda boleh membantu menyelamatkan kuda laut ini dari pupus dengan tidak membeli cendera hati yang diperbuat dari kuda laut, juga tidak pelihara kuda laut dalam akuarium anda. Juga tidak makan kuda laut sebagai ubat-ubatan dan elakkan pencemaran laut.

Terima kasih atas sumbangan masa anda dan seterusnya membantu usaha-usaha konservasi kuda laut ini di tempat masing-masing.










No comments:

Post a Comment