Saturday, January 18, 2014

RACUN HATI


 


Surah al Kahfi ayat 28 bermaksud :

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang , yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata, dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup didunia, dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al Qur’an , serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkahlakunya pula adalah melampui kebenaran.”

Ibn al Mubarak pula berkata :

“Aku telah melihat perbuatan-perbuatan mungkar ( berdosa ) membunuh hati, dan membawa mereka ke lembah kehinaan dan seterusnya menyebabkan mereka ketagih atas perbuatan tersebut. Berpaling dari perbuatan yang salah itu menghidupkan hati semula, dan teruslah mempertahankan diri anda dari segala kemungkaran , itulah yang terbaik”

EMPAT RACUN HATI

1. CAKAP-CAKAP YANG TIDAK BERFAEDAH.

2. PANDANGAN YANG TIDAK DI KAWAL.

3. MAKAN TERLALU BANYAK.

4. BERTERUSAN DENGAN KAWAN-KAWAN YANG TIDAK BAIK ( TIDAK SOLEH )

Ada seorang bijak pandai mengatakan :

“Alangkah hairannya ramai orang menangis bila jasad seseorang mati ( meninggal), tetapi tidak peduli kepada hati-hati yang sudah mati, walhal itu adalah lebih berbahaya”

Sama-sama kita menghidupkan hati kita sebelum jasadnya bertemu Allah. Terima kasih.






No comments:

Post a Comment