Saturday, January 11, 2014

BURUNG





Banyak sungguh ayat-ayat al Quran mengajak kita merenung alam dan ciptaan Allah yang lain dengan harapan kita dapat pengajaran darinya dan sekaligus mempertingkatkan keimanan kita.

Allah berfirman dengan maksud :

“ Perhatikan dan fikirkanlah tentang apa yang ada dilangit dan bumi  daripada segala kejadian yang menakjubkan , yang membuktikan keEsaan Allah dan kekuasaanNya” –Yunus : 101



“Dan Dialah memudahkan laut, supaya kamu dapat makanan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan ( selain itu ) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya , dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya , dan supaya kamu bersyukur” – An Nahl : 14



Berdasarkan ayat-ayat tersebut saya akan cuba mengajak anda merenung secara santai kejadian-kejadian Allah mudah-mudahan ia dapat dijadikan sebagai pembuka mata dan minda dan seterusnya meningkatkan keimanan kita bersama.



Hari ini kita akan merenung ciptaan Allah yang sentiasa beterbangan - BURUNG dan cuba menjawab bagaimana untuk memulakan hobi memelihara burung.


Di antara perkara-perkara yang anda perlukan sebelum memulakan hobi ini ialah :

1. Sangkar burung
2. Cawan makanan
3. Cawan air
4. Kayu dan ranting tempat bertenggek
5. Bijiran makanan burung
6. Tempat madi burung
7. Permainan burung

 

LANGKAH LANGKAH PERSIAPAN

1.Pilih sangkar yang sesuai, ia patut cukup besar untuk burung mengembangkan sayapnya.

 

2. Tambah aksesori yang disebutkan diatas supaya burung boleh berehat , bermain dan makan minum dengan selesa.

 

3. Letak sangkar dikawasan yang cerah, berangin tapi tidak dibawah matahari.

 

4. Berikan makanan yang pelbagai dan jangan lupa ketulan kalsium.

 

5. Tukar air minum burung setiap hari.

 

6. Letakkan air untuk mandi dalam takungan yang sesuai.

 

7. Tampung najis burung dengan kertas atau kain khas.

 

8. Permainan saperti cermin, bebola kecil perlu untuk riadah burung

 

Semoga dalam setiap aktiviti kita dalam kehidupan ini, kita tetap mengingati keagungan Allah. Dalam kontek memelihara burung sebagai hobi banyak pelajaran dan pengajaran dapat kita perolehi.

 
Dalam Al Quran Allah mengatakan ( bermaksud ) :

"...........dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka ? Tidak ada yang menahannya ( di udara ) selain Yang Maha Pemurah . Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu " ( Al Mulk : 19 ) 

Terima kasih atas perhatian anda.











 

No comments:

Post a Comment