Sunday, January 12, 2014

HELIKONIA





Banyak sungguh ayat-ayat al Quran mengajak kita merenung alam dan ciptaan Allah yang lain dengan harapan kita dapat pengajaran darinya dan sekaligus mempertingkatkan keimanan kita.

Allah berfirman dengan maksud :

“ Perhatikan dan fikirkanlah tentang apa yang ada dilangit dan bumi  daripada segala kejadian yang menakjubkan , yang membuktikan keEsaan Allah dan kekuasaanNya” –Yunus : 101

“Dan Dialah memudahkan laut, supaya kamu dapat makanan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan ( selain itu ) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya , dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya , dan supaya kamu bersyukur” – An Nahl : 14

Berdasarkan ayat-ayat tersebut saya akan cuba mengajak anda merenung secara santai kejadian-kejadian Allah mudah-mudahan ia dapat dijadikan sebagai pembuka mata dan minda dan seterusnya meningkatkan keimanan kita bersama.



Hari ini kita akan merenung ciptaan Allah yang tumbuh dibumi – HELIKONIA . Saya mengajak anda memerhatikan Helikonia , kerana pokok ini mengeluarkan pelbagai warna, dari kuning, merah , ungu, merah jambu, beranika warna hingga ada bunganya yang berwarna hijau.



Di antara fakta berkenaan Helikonia  :

1. Sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan tropika dan separa tropika.

2. Berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah , Caribbean dan Kepulauan Pasifik Selatan.



3. Terdapat lebih dari 500 spesis seluruh dunia.

4. Pokok Helikonia tumbuh di antara 60 cm hingga ke 6 meter.



5. Boleh di potong sebagai bunga hiasan dan tahan lama.

6. Selalu di tanam untuk menghiasi taman, rumah atau tempat peranginan. Ia sungguh mudah membiak.





Pokok Helikonia ini mudah di tanam , tapi anda mesti mengambil kira perkara-perkara berikut :

1. Tanah. Mesti mudah di serapi air dan menyimpan air. Jika tanah liat , campur sedikit pasir.
 


2. Cahaya. Helikonia tumbuh baik bila mendapat cahaya matahari, sekurang-kurangnya 6jam sehari. Jika kurang , ia tidak akan berbunga dengan baik.



3. Air . Pokok Helikonia perlukan banyak air. Kalau boleh siram di waktu pagi dan petang setiap hari.



4. Baja . Gunakan baja cecair. Waktu membesar , baja setiap dua minggu sekali.



PERKARA PERKARA LAIN UNTUK PERHATIAN

1. Mudah di selia jika di tanam dengan betul.

2. Tidak sesuai di tanam berhampiran pokok-pokok lain.

3. Mudah tumbuh dan memerlukan kawasan yang luas.

4. Menghasilkan bunga-bunga ynag cantik dan menarik

5. Akar Helikonia tidak merosakkan persekitaran saperti semen pagar ataupun ‘driveway’

6. Amat sesuai dengan cuaca Malaysia.



Mudah mudahan hari ini kita dapat mempertingkatkan keimanan kita dengan merenung ciptaan Allah ini.

Terima kasih, kalau ada kelapangan elok juga tanam Helikonia ini di rumah , mesjid , surau atau tempat –tempat awam sebagai jariah (amalan ) kita.








The benefit of planting a Tree
Narrated Anas bin Malik :
Prophet ( peace be upon him ) said, “If any Muslims plants any plant and a human being or an animal eats of it , he will be rewarded as if he had given that much in charity” .
( Bukhari Vol. 8 , Book 73 , No 41 )




No comments:

Post a Comment