Thursday, January 9, 2014

RAMA RAMA




 

Banyak sungguh ayat-ayat al Quran mengajak kita merenung alam dan ciptaan Allah yang lain dengan harapan kita dapat pengajaran darinya dan sekaligus mempertingkatkan keimanan kita.

Allah berfirman dengan maksud :

“ Perhatikan dan fikirkanlah tentang apa yang ada dilangit dan bumi  daripada segala kejadian yang menakjubkan , yang membuktikan keEsaan Allah dan kekuasaanNya” –Yunus : 101

“Dan Dialah memudahkan laut, supaya kamu dapat makanan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan ( selain itu ) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya , dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya , dan supaya kamu bersyukur” – An Nahl : 14

Berdasarkan ayat-ayat tersebut saya akan cuba mengajak anda merenung secara santai kejadian-kejadian Allah mudah-mudahan ia dapat dijadikan sebagai pembuka mata dan minda dan seterusnya meningkatkan keimanan kita bersama.



Hari ini kita sama-sama akan memerhatikan kejadian Allah yang amat di gemari oleh kanak-kanak mahu pun dewasa – RAMA-RAMA

Mudah mudahan dengan terjawabnya persoalan yang selalu di tanyakan ini akan meningkatkan ketaatan kita pada Penciptanya . Allah.

1. Apakah perbezaan antara rama-rama dan kupu- kupu?

Walaupun banyak ciri-ciri persamaan diantara rama-rama dan kupu-kupu, namun ciri perbezaan yang utama ialah :

Rama-rama keluar siang , kupu-kupu keluar malam.

Rama-rama berwarna warni dan menarik, kupu-kupu agak malap

Sesungut rama-rama saperti pemukul golf, membengkok di hujung

Sesungut kupu-kupu lurus dan tirus atau ada yang terlalu canggih saperti radar.









2. Ada berapa jenis rama-rama ?


Lebih kurang 20,000 jenis seluruh dunia



3. Berapa lamakah umur rama-rama ?

Secara umumnya rama-rama hidup di antara seminggu hingga ke sebulan. Walau bagaimanapun ada beberapa jenis saperti ‘monarch’ yang boleh hidup sampai 9 bulan.

4. Bagaimana rama-rama tidur ?

Kebanyakan rama-rama di Malaysia tidur di bawah lindungan daun dan hinggap secara terbalik ( kaki keatas ) . Di luar negara ada juga rama-rama tidur di celah –celah batu atau pun gua.



5. Apakah makanan rama-rama ?

Kebanyakan rama-rama meminum madu bunga dengan lidahnya saperti manusia menghirup air dengan menggunakan ‘straw’ . Walau bagaimanapun ada jenis rama-rama yang meminum getah-getah pokok ataupun cecair dari najis binatang. Anak rama-rama dalam bentuk ulat bulu makan dedaun lembut sepenuhnya.



6. Adakah rama-rama berpindah-pindah ?

Di Malaysia tidak begitu ketara , tetapi diluar negara dimana terdapat perubahan musim sejuk , panas dan lain-lain , rama-rama kerap berpindah-pindah ( migrasi)



7. Dimana rama-rama bertelur ?

Selalunya di daun –daun yang boleh dimakan oleh anak-anaknya bila ia menjadi ulat.



8. Adakah rama-rama memiliki deria membau ?

Ya, mereka ada alat menghidu di hujung ‘antenna’ nya dan di hujung ‘kaki’ nya.



9. Bagaimanakah kitaran hidup rama-rama?

Ia bermula dari : telur, lava (ulat bulu) , Pupa (kepompong)  dan Rama-rama dewasa



Dalam umur yang pendek rama-rama banyak menyumbang terhadap kehidupan di dunia, ia membantu proses pendebungaan , menjadi hiburan di taman rama-rama dan matinya pun menjadi hiasan di rumah-rumah.



Bagaimana dengan kita manusia , apakah sumbangan kita terhadap dunia dan kehidupan.








2 comments:

  1. Ada salah info tu.
    Yg cantik tu kupu2. Yg warna gelap tu rama2.

    ReplyDelete
  2. Sangat indah penulisan ini seperti rama-rama.

    ReplyDelete