Friday, January 10, 2014

IKAN HIASAN





Banyak sungguh ayat-ayat al Quran mengajak kita merenung alam dan ciptaan Allah yang lain dengan harapan kita dapat pengajaran darinya dan sekaligus mempertingkatkan keimanan kita.

Allah berfirman dengan maksud :

“ Perhatikan dan fikirkanlah tentang apa yang ada dilangit dan bumi  daripada segala kejadian yang menakjubkan , yang membuktikan keEsaan Allah dan kekuasaanNya” – (Yunus : 101)

“Dan Dialah memudahkan laut, supaya kamu dapat makanan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan ( selain itu ) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya , dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya , dan supaya kamu bersyukur” –  (An Nahl : 14)

Firman Allah lagi bermaksud :

“Dan  ( Allah menjadikan ) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya dan untuk menjadi perhiasan dan ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya” ( An Nahl :8 )

Berdasarkan ayat-ayat tersebut saya akan cuba mengajak anda merenung secara santai kejadian-kejadian Allah mudah-mudahan ia dapat dijadikan sebagai pembuka mata dan minda dan seterusnya meningkatkan keimanan kita bersama.

Hari ini kita akan merenung kejadian Allah didalam air – IKAN HIASAN  dan cuba menjawab bagaimana untuk menyediakan akuarium yang sehat.



1. Buat selidikan . Jenis ikan yang akan di pelihara. Saiz ikan bila besar. Makanan yang sesuai dan jenis ikan lain yang mahu dipelihara bersama.





2. Beli akuarium yang saiznya sesuai dan selesa untuk ikan peliharaan anda

3. Sertakan tempat ikan-ikan bermain. Pasir atau batu karang untuk ikan laut. Kayu-kayu dan rampai untuk ikan air tawar bersembunyi.



4. Pilih sistem penapis air yang cukup kuasa untuk membersihkan air.





5. Tutup akuarium supaya ikan tidak melompat keluar.

6. Letakkan akuarium diatas ‘kaki’ yamg kukuh kerana satu gelen air bersamaan sepuluh pound, tidak dikira batu dan kayu dan peralatan lain.


7. Masukkan ikan ‘percubaan’ dahulu sebelum memasukkan ikan yang anda akan pelihara. Jika ikan hidup sesudah satu minggu, air tersebut sudah sedia untuk ikan peliharaan anda.



8. Bila air akuarium ok , letakkan ikan yang baru di beli dengan plastiknya sekali di permukaan air ( terapung ) , lepaskan ikan sesudah setengah jam.



9. Untuk memberi ‘ketenangan’ kepada ikan-ikan dalam akuarium , beri makanan dan padamkan lampu.




 10. Untuk kebersihan air, tukar 25 % air akuarium tiap-tiap seminggu atau dua minggu.




 11. Nikmati akuarium anda.Sambil menikmati keindahan akuarium anda , ingat dan renunglah kebesaran Allah yang menjadikan segala-galanya . Warna ikan yang berlainan. Saiz-saiz dan bentuk ikan yang pelbagai, dan yang lebih indah lagi , Allah mengurniakan kita mata untuk melihat.



Terima kasih atas kesudian anda sama-sama merenung keagungan Allah.







No comments:

Post a Comment