Tuesday, January 28, 2014

BAGAIMANA MENINGKATKAN IMAN



Semalam kita merenung sedikit sebab-sebab lemahnya Iman. Hari ini kita akan melihat bagaimana untuk meningkatkan Iman yang lemah . Mudah-mudahan ia dapat sedikit sebanyak dapat digunakan sebagai bekalan dakwah. Yang penting, setiap waktu kita dapat menyampaikan kebaikan kepada semua umat manusia.

Di antara cara-cara untuk meningkatkan keimanan adalah sebagai berikut :

1. Membaca dan merenung maksud Al Quran  .Rasakan  Allah berbicara dengan kita.

2. Sedar dan yakin akan kekuasaan Allah . Segala-galanya  dibawah kekuasaanNya.

3. Sentiasa usahakan untuk menuntut ilmu Islam , sekurang-kurangnya perkara-perkara  asas yang di perlukan dalam amalan setiap hari.

4. Hadiri majlis-majlis memperingati Allah kerana di sana Malaikat -Malaikat turut hadir.

5. Pertingkatkan amal baik anda. Satu kebaikan akan menjurus kepada kebaikan yang lain.

6. Kita mesti merenung akhir hayat kita .Mengingati mati , menamatkan angan-angan dan kecintaan kepada dunia.

7. Bayangkan beberapa peringkat akhirat , umpamanya saat kita di masukkan kedalam kubur, saat kita di adili di hadapan Allah, kemudian saat kita di hantar ke syurga atau neraka.

8. Sentiasa berdoa . Sedarlah kita amat memerlukan Allah . Sentiasa merendah diri dan jangan terlalu matelialistik.

9. Kasih sayang kita pada Allah mestilah di buktikan dengan amal. Malam-malam sebelum tidur, sentiasalah muhasabah diri tentang perkara yang berlalu di siang hari.

10. Ingatlah bahawa dosa dan kemungkaran pada Allah akan melemahkan keimanan kita , sebaliknya amal baik akan meningkatkan semula keimanan kita.

Semoga usaha kita sama-sama untuk memperbaiki keimanan masing-masing akan di permudahkan oleh Allah.

Terima kasih kerana terus membaca dan menyebarkan ilmu yang berfaedah.







No comments:

Post a Comment