Sunday, January 5, 2014

PERBEZAAN PEPERIKSAAN DUNIA DAN PEPERIKSAAN AKHIRAT





1. Di sekolah , jika anda gagal  peperiksaan , boleh di ulang . Di akhirat tiada peperiksaan semula.

2. Di sekolah anda tidak mengetahui soalan peperiksaan. Di akhirat, cuma ada tida soalan yang sudah anda ketahui:

a) Siapa tuhan kamu
b) Siapa Nabi kamu
c) Apakah agama kamu
Jawapannya pula ialah cara hidup anda, bukan secara lisan.

3.Dalam persiapan peperiksaan dunia, kita berjaga malam untuk peperiksaan keesokkannya. Begitu juga peperiksaan menghadapi Allah , kita sepatutnya berjaga malam untuk tahajjud atau amalan –amalan lain.

4. Di dunia kita berdoa dan mengharapkan markah yang luar biasa, dan begitu jugalah sepatutnya kita menghadapi peperiksaan Allah.

5. Di sekolah kita teruja bila mendapat keputusan yang cemerlang. Di akhirat kita juga akan lebih teruja jika di beri kitab amalan kita melalui tangan kanan.

6. Di sekolah bila kita gagal kita akan bersedih dan tidak mahu berjumpa orang lain. Begitu juga dengan suasana di akhirat. Elakkan dari menghadapi suasana kegagalan ini.

7.Ketika peperiksaan sekolah, anda tidak boleh bertanya kepada sesiapa. Dalam peperiksaan akhirat anda boleh mulakan persiapan dengan membaca Al Quran , Hadis Nabi dan sumber-sumber yang sehaluan dengan Quran dan Hadis.

8.Dalam peperiksaan sekolah kita mengelakkan segala gangguan untuk menumpukan kepada peperiksaan. Di akhirat Allah mematikan kita , berakhirlah segala-galanya dan kita hanya tertumpu untuk menjawab soalan-soalan Allah.

9. Dalam peperiksaan sekolah , kita risau apakah keputusan yang akan kita dapati. Begitu juga dengan keputusan peperiksaan kita di akhirat, kita hanya dapat menanti dan berharap pada Allah. 

‘JIKA ANDA TIDAK MAHU BERUBAH KEPADA KEBAIKAN, ANDA ENGGAN MENINGKATKAN DIRI ANDA KEPADA SESUATU YANG LEBIH TINGGI DARJATNYA”

Fikirkan bersama akan ‘peperiksaan’ Allah yang pasti tiba. Terima kasih dan sama-sama kita membuat persiapan. 










No comments:

Post a Comment