Thursday, May 29, 2014

HARI KE ENAM GOUT




Hari ini sambil baring kesakitan, saya terkenang lebih ramai lagi manusia didunia ini yang menerima ujian lebih dahsyat dari saya. Di Baghdad , Syria, Afghanistan , Myamar malah di Malaysia pun ramai yang sengsara , cuma mereka merintih kesaorangan agaknya.

Yang pasti kita mestilah sentiasa berdoa dan jangan berputus asa memohon pertolongan Allah . Saya teringat kisah Nabi Yunus yang ditelan oleh ikan , Nabi Yunus mengucapkan banyak zikir....namun antara zikir yang membantu diperkenankan oleh Allah dikeluarkan dari perut ikan adalah zikir

Laa ilaaha ilaa Anta Subhaanaka inni kuntum mina’zhzhaalimin“.

Ertinya : Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri. ( al-Anbiyaa 87 )
Disini jelas....mengatakan..... sifat berputus asa adalah sifat yang menzalimi diri sendiri . Jelaslah Allah hendak kita berusaha sehabis baik dalam apapun supaya tidak menzalimi diri sendiri.....

Jadi disini. marilah kita berazam untuk menghapuskan dan melenyapkan sifat putus asa dari kamus hidup kita kerana jelas Allah tidak suka dengan sifat ini.

Kita semua pada satu ketika akan berdepan dengan ujian Allah . Jangan putus asa dan sentiasalah berdoa kepada Allah.

Terima kasih atas renungan bersama.









Wednesday, May 28, 2014

GOUT





Hari ini hari kelima saya kena GOUT  lagi . Jika Rasullulah SAW didatangi sahabat-sahabat yang sakit Rasullullah SAW akan mendoakan :

Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, Nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

Seterusnya ikutilah  lagu di u tube ini :



Terima kasih kerana masih mengikuti blog ini walaupun kandungan tidak seberapa.







Tuesday, May 27, 2014

DOA MELUPAKAN TEMAN WANITA




Pada suatu hari , seorang lelaki yang telah bertaubat membuat panggilan kepada satu rancangan ‘soal jawab ugama’ dalam satu stesyen radio:

Ustaz : Apa yang boleh saya bantu ?

Pemuda : Saya baru sahaja bertaubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan , tetapi tidak boleh melupakan teman wanita saya. Boleh kah ustaz berikan doa supaya saya  mudah melupakan dia. ?

Ustaz : IshaaAllah , Katakanlah : Ya Allah letakkanlah Iman dihati saya. Letakkan Iman dihadapan , dibelakang, dikiri dan dikanan saya. Letakkanlah Iman bersama saya siang dan malam.

Pemuda : Tapi ustaz.....

Ustaz : Tapi apa anak muda ? 

Pemuda ; Tapi nama teman wanita saya itu Iman , ustaz

Ustaz terkejut dan tidak dapat menahan ketawanya hingga mengeluarkan air mata.

Awas apa yang anda pinta. Terima kasih atas kesudian mengikuti sesuatu yang agak ringan malam ini.

Sebelum berpisah sila ikuti ceramah pendek Ustaz Azhar Idrus berkaitan ‘taubat’










Monday, May 26, 2014

TOLONG AMBILKAN SAYA PEN




Hari ini sakit gout saya masih menjadi-jadi. Amat sakit. Semua perkara kena minta tolong. Ambil pen. Ambil kertas. Ambil phone. Ambil cermin mata dan benda-benda kecil yang lain.

Itulah sebabnya, kita sentiasa di tuntut bersyukur atas segala nikmat Allah. Umpamanya dalam surah Al Baqarah -152 bermaksud:

“Maka ingatlah kepadaku nescaya Aku akan ingat pula kepada kamu, dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan kamu bersikap mengingkari ( nikmat )Ku. 

Surah Ibrahim ayat 7 bermaksud :

“Dan ( ingatlah juga ) , tatkala Tuhan mu memaklumkan ; Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti kami akan menambah ( nikmat ) kepadamu dan jika kamu mengingkari ( nikmatKu ) , maka sesungguhnya azabnya sangat pedih”.

Setakat inilah yang termampu untuk dikongsikan dengan anda . Kaki masih mendenyut , tetapi Alhamdulilah , jantung masih berdegup.

Terima kasih atas perhatian dan waktu anda.







Sunday, May 25, 2014

ABC KEBAHAGIAAN – 5




Hari ini sehari suntuk meraung kesakitan – kena penyakit GOUT . Itulah sedikit ujian yang diberi Allah sebagai peringatan.

Seterusnya hari ini kita akhiri renungan abjad yang dapat memberi ransangan positif terhadap kehidupan seharian.

U- USRAH : Bermaksud keluarga dalam Bahasa Melayu. Wujudkan usrah dalam keluarga supaya kita sentiasa dapat memahami dan menasihati kelurga kejalan yang benar.

V- VARIASI : Kepelbagaian dalam melakukan kebajikan amat menarik. Kadang-kadang kita bersedekah , senyum, bantu tunjukkan jalan , membersih surau dan mesjid dan apa-apa yang sesuai di kawasan anda.

W-WAJIB : Jangan sesekali meninggalkan perkara-perkara yang diwajibkan oleh Allah SWT .

X- X-RAY : Sinaran X boleh menembusi segalanya. Hinggakan organ dalaman kita dapat diambil ganbar. Tetapi kita mesti sentiasa ingat ilmu Allah lebih dari itu, hingga mengetahui apa yang belum terniat didalam hati kita. 

Y- YAQIN : Setinggi tinggi keyakinan ialah ‘haqqul yaqin’ . Meyakini bahawa alam semesta ini pada hakikatnya adalah bayangan dari penciptanya.

Z- ZUHUD : Meninggalkan perkara yang disukai kerana mengharapkan sesuatu perkara yang lebih baik dari itu di akhirat kelak.

Oleh itu , bila anak-anak kita mula membesar , ajarkan mereka pengertian Abjab yang lebih cenderung kepada agama, bukan setakat A- anjing , B-babi, C-cicak 

Tanamkan sifat berfikir kepada sesuatu yang lebih mendalam dan bertanggung jawab.

Terima kasih kerana sudi berkongsi.