Kalau manusia mahu berfikir,
macam-macam boleh dijadikan hiburan dan permainan. Ada seorang hamba Allah yang
menggunakan Abjad sebagai hiburan . Dia cuba menyesuaikan Abjad dengan
perkataan perkataan yang meransang hidupnya kearah kebahagiaan.
Hari ini kita sambung
motivasi sahabat saya melalui Abjad- Abjad seterusnya :
F – FASIH : Cuba fasihkan
dan kerapkan membaca Al Quran kerana ia akan menjadi bekalan yang amat bernilai
di akhirat kelak.
G – GERUN : Sentiasa gerun
pada Allah , azab Allah dan gerun terhadap Neraka Allah.
H – HARAP: Dalam setiap amal
dan usaha sentiasa berharap terhadap redha Allah.
I - INSAF
: Sentiasa insaf akan kesilapan –kesilapan yang lalu dan segerakan
bertaubat.
J- JANNAH : Tahap orang
biasa macam kita beribadat dan lakukan kebaikan dengan harapan ditempatkan di Syurga
( Jannah ) Allah.
Islam amat menekankan supaya
kita selalu berfikir dan kita akan diberi ganjaran yang amat besar. Satu hari Baginda
bertanya kepada Abu Hurairah :
“ Bagaimana cara engkau
berfikir?” Jawab Abu Hurairah: “ Aku memikirkan tentang tujuh petala langit dan
bumi (mendatangkan rasa keagungan kepada Allah dalam diri)”.
Maka jawab baginda: “ Benar, engkau mendapat berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun.” Sabdanya lagi, “ Telah turun al-Quran kepadaku, rugilah bagi mereka yang membaca al-Quran tapi tidak memikirkannya.”
Lalu baginda bertanya pula kepada Ibnu Abbas tentang apa yang difikirkannya. Jawab Ibnu Abbas: “ Aku memikirkan tentang kematian dan huru-haranya saat itu.” Lalu baginda menjawab: “Benar, berfikir begitu maka engkau mendapat kelebihan sesaat berfikir maka terlebih baik daripada beribadat 70 tahun.”

Seterusnya
anda bolehlah cuba –cuba menyambungnya . Yang pasti , perkataan-perkataan
tersebut biarlah yang positif supaya hasilnya juga positif.
No comments:
Post a Comment