Sunday, May 11, 2014

RAHSIA PEMIKIRAN JUTAWAN PART 1





Seminggu yang lalu saya mengikut beberapa orang yang sedang ‘mengejar’ projek . Setiap hari cerita yang saya dengar adalah ‘berjuta-juta’ . Buat bangunan, buat loji minyak , buat jalan , buat itu dan ini semua bernilai jutaan ringgit.

Berikut adalah diantara pemikiran yang ada didalam kepala-kepala jutawan tersebut:

1. Kalau anda ingin mengubah buah , anda mesti mengubah benihnya.

2. Wang adalah hasil. Kekayaan adalah hasil . Kesihatan adalah hasil. Kita tinggal di dunia yang ‘sebab mengeluarkan hasil’

3. Fikiran menghasilkan perasaan . Perasaan menghasilkan tindakan. Tindakan menghasilkan hasil.

4. Jika motivasi anda untuk menjadi kaya atau berjaya adalah berasal dari marah, dendam atau nak membuktikan sesuatu, wang yang anda dapati tidak akan membawa kebahagiaan.

5. Orang kaya berkeyakinan “Aku mencorak hidupku” . Orang miskin percaya “Aku sudah ditakdirkan begini”.

Inshaa Allah kita akan sambung cara jutawan berfikir ini esok. Terima kasih kerana turut berfikir. Moga-moga ada kebaikan yang anda dapati.







No comments:

Post a Comment