Friday, May 2, 2014

JUARA TANPA SEBELAH TANGAN





Seorang kanak-kanak berumur 10 tahun terlibat dalam satu kemalangan dan hilang tangan KIRInya. Setelah kembali sihat , dia belajar judo dari seorang pakar JUDO. Setelah beberapa lama belajar , dia cuma diajar satu pergerakan sahaja. Apabila ditanya kepada gurunya mengapa dia diajar satu gerakan sahaja, gurunya cuma senyum. Si anak murid tadi pun akur sahaja.


Setelah 3 tahun , guru Judo tersebut membawa remaja tersebut memasuki satu pertandingan . Pusingan pertama remaja tersebut menang. Pusingan suku akhir remaja itu masih menang. Hinggalah ke pusingan terakhir . Lawan remaja di pusingan terakhir agak besar badannya . Di pertengahan pertadingan , pengadil memberhentikan pertandingan kerana takut sesuatu yang buruk akan berlaku . Walau bagaimanapun perlawanan diteruskan atas permintaan guru Judo. 

Remaja yang tiada tangan KIRI tersebut MENANG. Apabila ditanya kepada guru Judo , kenapa remaja yang cacat itu menang, kata gurunya , satu satunya pergerakan Judo yang diajarkannya adalah yang paling penting . Kemudian anggota yang selalu diserang oleh lawan ialah tangan kiri.

Jadi , janganlah mengeluh dengan apa yang kita tidak ada, tapi berikan tumpuan kepada apa yang kita ada. Allah lebih mengetahui.

Terima kasih atas perhatian anda. Kalau ada sedikit kebaikan harap sampai-sampaikan .








No comments:

Post a Comment