Dah beberapa bulan saya
kehilangan cermin mata . Anak saya pula berkali-kali menyuruh saya mengambil
wang dari dia untuk membuat cermin mata baharu, tapi saya kata “Nanti dululah”
Semalam lepas solat Jumaat dia
menalipon saya , “Papa , duit dah Muz masukkan dalam akaun Papa , terus beli
cermin mata , jangan tangguh lagi”
Saya terpinga-pinga , mengapa
tiba-tiba anak saya bersungguh-sungguh menghantar wang untuk cermin mata baharu
tersebut. Rupa-rupanya khutbah JAIS pada hari Jumaat semalam amat meninggalkan
kesan. Diantaranya maksud hadis Rasullulah SAW :
“Mahukah kamu, aku tunjukkan
tentang dosa yang paling besar,
mahukah kamu, aku tunjukkan
tentang dosa yang paling besar, mahukah
kamu, aku tunjukkan tentang
dosa yang paling besar?. Lalu para sahabat
menjawab, “Mahu ya Rasulullah”.
Kemudian Baginda bersabda,
“Menyekutukan Allah dan
menderhaka kepada kedua orang tua”.
(Riwayat al- Bukhari dan Muslim)
“Wahai Muhammad!, sesungguhnya
Allah S.W.T. mengucapkan salam
kepadamu dan berpesan, kiranya
bapa lelaki itu datang, tanyakan
tentang rintihannya, supaya
engkau dengar rintihan tersebut”.
Tatkala orang tua itu datang
bersama anaknya, Nabi Muhammad
s.a.w. bertanya kepadanya: “Apakah
yang berlaku hingga anakmu ini
mengadu tentang dirimu”?.
Benarkah engkau hendak mengambil semua
hartanya?. Orang tua itu
menjawab, “Wahai Rasulullah!, silalah engkau
tanyakan sendiri kepadanya”.
Sebenarnya aku membelanjakan hartanya
untuk menafkahkan salah
seorang makciknya, saudara perempuannya
dan untuk diriku sendiri.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Khabarkanlah apa
yang engkau katakan kepada
dirimu dan didengar oleh kedua
telingamu?”.
Orang tua itu menjawab: “Wahai
Rasulullah SAW ., aku telah
mengatakan kepada diriku
begini; Aku suapi engkau wahai anak
semasa kecil, dan aku lindungi
engkau sehingga besar. Engkau wahai
anak, ku beri minum daripada
hasil titik peluhku. Jika malam engkau
sakit, aku tidak dapat tidur.
Kerana sakitmu itu, aku tetap berjaga
sepanjang malam, seolah-olah
aku sendiri yang sakit, bukan dirimu.
Engkau sebenarnya sakit,
bukannya aku, tetapi air mataku tetap
berlinang, aku takut engkau
mati. Pada hal aku mengerti, bahawa mati
itu adalah ajal yang telah
ditentukan. Tetapi....tatkala engkau telah besar
dan dewasa, sampai kepada usia
di mana engkau menjadi harapanku,
sampai hati engkau balas aku
dengan kekasaran dan keras hati.
Seolah-olah engkaulah yang
berjasa kepadaku, dan aku ini terhutang
budi kepadamu.Mengapa engkau
tidak menghargai aku sebagai bapamu?. Jika
tidak pun demikian, mengapa
engkau tidak bersikap seperti jiran
terhadap tetangganya?”
Tatkala itu, Rasulullah s.a.w.
menitiskan air mata mendengarnya,
kemudian memegang bahu anak
orang tua itu, seraya bersabda:
“Dirimu dan harta bendamu
adalah milik bapamu”.
(Riwayat at- Tabrani)
Begitulah kesan penulisan , penyampaian dan
nasihat yang baik dapat masuk ke hati pendengar. Moga mesjid-mesjid kita dapat
menghasilkan penyampaian yang baik atau lebih baik.
Terima kasih atas perhatian anda , semoga
dapat disampaikan kepada mereka yang dikasihi.
No comments:
Post a Comment