Hari ini
sambil baring kesakitan, saya terkenang lebih ramai lagi manusia didunia ini
yang menerima ujian lebih dahsyat dari saya. Di Baghdad , Syria, Afghanistan ,
Myamar malah di Malaysia pun ramai yang sengsara , cuma mereka merintih
kesaorangan agaknya.
Yang
pasti kita mestilah sentiasa berdoa dan jangan berputus asa memohon pertolongan
Allah . Saya teringat kisah Nabi Yunus yang ditelan oleh ikan , Nabi Yunus
mengucapkan banyak zikir....namun antara zikir yang membantu diperkenankan oleh
Allah dikeluarkan dari perut ikan adalah zikir
“Laa ilaaha ilaa Anta Subhaanaka inni kuntum mina’zhzhaalimin“.
Ertinya :
Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau. Sesungguhnya aku
adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri. ( al-Anbiyaa 87 )
Disini
jelas....mengatakan..... sifat berputus
asa adalah sifat yang menzalimi diri sendiri . Jelaslah Allah
hendak kita berusaha sehabis baik dalam apapun supaya tidak menzalimi diri
sendiri.....
Jadi disini. marilah kita berazam untuk menghapuskan dan
melenyapkan sifat putus asa dari kamus hidup kita kerana
jelas Allah tidak suka dengan sifat ini.
Kita
semua pada satu ketika akan berdepan dengan ujian Allah . Jangan putus asa dan
sentiasalah berdoa kepada Allah.
Terima
kasih atas renungan bersama.
No comments:
Post a Comment