Alhamdulillah hari ini , 5hb
May adalah hari ulangtahun kelahiran
saya. Kita terlalu sibuk dengan dunia , hari ini saya cuba untuk berbicara
dengan Allah buat seketika memohon
keampunan daripadaNya:
1. Hari ini Engkau telah
memberkati kehidupan bagiku ke tahun baru .
2. Hari ini Engkau telah
mengizinkan aku ke tahun baru , bergembira bersama keluarga ku.
3. Hari ini Engkau telah
mengizinkan aku bermandi cahaya kasih sayangMu.
4. Ya Allah Ya Tuhanku ,
ampunilah aku kerana pada tahun- tahun yang berlalu aku mungkin terkeluar dari
landasanMu
5. Ya Allah Ya Tuhanku ,
ampunilah aku kerana akhlak buruk yang ku tunjukkan di atas keindahan
pemberianMu
6. Sekarang aku merentasi
tahun baru dalam kasih sayangMu , aku mohon keberkatan dalam perjalananku !
7. Berkatilah perjalananku , berkatilah waktu-waktu ku ,
berkatilah amalan ku.
8. Ya Allah , jadikanlah
tahun-tahun mendatang lebih baik dari tahun yang lalu.
9. Ya Allah Ya Tuhanku ,
ampunilah dosa-dosa dan perbuatan yang melampau yang aku telah lakukan.
10. DAN JIKA PERJALANAN
HIDUP AKU AKAN BERAKHIR PADA TAHUN YANG BARU INI, TOLONGLAH YA ALLAH , YA TUHAN
YANG AKU KASIHI......
11. Izinkanlah aku bertemu
denganMu dengan wajah yang riang dan gembira.
12. Izinkanlah aku memasuki
syurgaMu kekal selamanya.
13. Izinkanlah aku bertemu
keluargaku dengan segala nikmat dan keindahanMu
14. Atas namaMu Yang
Maha Esa , aku memohon segala ini
kepadaMu Ya Allah. Amin !
Maaf kerana mengajak anda
membaca rayuan saya kepada Allah Yang Maha Kuasa, mudah-mudahan ia menjadi
renungan kita bersama . Terima kasih yang tidak terhingga dari saya.
No comments:
Post a Comment