Dalam sebuah kampung ada
seorang anak muda bekerja sebagai pengembala kambing. Dia hidup begitu bahagia
, amanah dan rajin. Suatu malam dia terbangun dari tidur dan mendapati satu
bola , seakan-akan bebola sakti disampingnya. Dari dalam bebola tersebut keluar
satu suara mengatakan “Mintalah apa kamu mahu nescaya aku akan tunaikan”
Tetapi dia tidak mahu
membuat keputusan tergopoh gapah dan menangguhkan permintaannya.Penduduk
kampung sudah nampak perubahan pemuda gembala kambing tersebut. Sesudah diintip
mereka mencuri bebola sakti tersebut.
Masing-masing membuat
permintaan hajat. Ada yang minta saperti emas . Ada yang minta intan sebaldi.
Ada minta sebuah istana dan macam-macam lagi. Apabila semua permohonan itu
ditunaikan , kebahagiaan tidak juga datang kekampung tersebut. Yang ada emas
tiada Istana . Yang ada Istana kesunyian tiada kawan. Yang ada intan sentiasa
dalam ketakutan yang intannya akan di curi dan timbul pula buruk sangka antara
satu dengan yang lain.
Apabila keadaan tidak
bertambah baik saperti yang diharapkan, kumpulan yang tamak tersebut
mengembalikan bebola sakti itu kepada pemuda pengembala , ia itu tuan asalnya.
Pemuda pengembala itu memohon kepada bebola sakti itu supaya kampung tersebut
dikembalikan kepada suasana asal, aman dan bahagia.
Moral cerita ini :
Kita mesti bersyukur dengan
apa yang kita ada dan tidak mencuba perkara-perkara yang pelik untuk menjadi
senang. Wang tidak boleh membeli kebahagiaan. Wang boleh membeli katil tapi
tidak boleh mempastikan anda tidur. Wang boleh membeli buku tapi tidak boleh membeli
ilmu. Wang boleh membeli makanan tapi tidak boleh membeli selera. Wang boleh
membeli ubat tapi tidak boleh membeli kesihatan. Wang boleh membayar
perkahwinan tapi tidak boleh membeli kasih sayang. Wang boleh membeli segalanya
didunia , tapi tidak boleh membeli syurga.
Terima kasih banyak-banyak .
Saya Cuma boleh menulis blog ini, tapi andalah yang sudi membacanya. Terima
kasih sekali lagi.
No comments:
Post a Comment