Zaman sekarang ini , terutama
di bandar-bandar kita sentiasa mendengar keluhan kawan-kawan yang kita temui.
Ramai merungut menceritakan masalah setiap perkara, keadaan hinggakan cuaca
dirasai sebagai masalah.
Sebagai ubat kepada segala
masalah kita renunglah Al Quran banyak-banyak. Contohnya Allah telah banyak
memperingati kita dalam ayat-ayatNya yang bermaksud :
“Demi sesungguhnya ! Kami akan menguji kamu dengan sedikit
perasaan takut (kepada musuh ) dan ( dengan merasai ) kelaparan, dan ( dengan
berlakunya ) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman . Dan berilah
khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” ( Al Baqarah -155 )
“Adakah kamu menyangka
bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah ( wujudnya
) orang-orang yang berjuhad 9 yang berjuang dengan bersungguh-sungguh ) di antara
kamu, dan ( belum lagi) nyata ( wujudnya ) orang-orang yang sabar ( tabah dan
cekal hati dalam perjuangan ) ?” ( Ali Imraan -142 )
“Dialah yang telah
mentakdirkan adanya mati dan hidup ( kamu) – untuk menguji dan menzahirkan
keadaan kamu: siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa
( membalas amal kamu ) , lagi Maha Pengampun, ( bagi orang-orang yang bertaubat
) ; ( Al Mulk -2 )
Atau pun anda lakukan hobi
yang boleh menenangkan fikiran anda dari memmikirkan masalah anda tak habis-habis.
Siang tadi saya bersama kawan-kawan pergi menjala ikan. Alhamdulillah kami
dapat lebih dari 50 kg ikan. Terubatlah hati dari runsing tak bertempat.
Terima kasih atas waktu
anda. Banyak-banyaklah bersabar .
No comments:
Post a Comment