Kalau manusia mahu berfikir, macam-macam boleh
dijadikan hiburan dan permainan. Ada seorang hamba Allah yang menggunakan Abjad
sebagai hiburan . Dia cuba menyesuaikan Abjad dengan perkataan perkataan yang meransang hidupnya kearah kebahagiaan.
Diantaranya :
A- ALHAMDULILLAH : Basahi bibir anda dengan
perkataan ini semoga anda sentiasa berasa puas, cukup dan bersyukur.
B – BERSIH : Amalkan sikap bersih pada jasmani dan
roh.
C- CEKAL : Sentiasa
bersikap cekal dalam menghadapi ujian dan melaksanakan amalan.
D – DAKWAH : Jangan jemu dengan berdakwah.
Berdakwah adalah tugas kita dan hidayah adalah dari Allah.
E – EHSAN : Yang bermaksud “Engkau beribadah kepada
Allah seakan akan engkau melihatNya , jika engkau tidak melihatNya sesungguhnya
Dia pasti melihatmu.
Allah sangat-sangat menggalakkan kita berfikiran
positif :
Apabila kita berfikiran positif, maka kita akan
menarik elemen-elemen positif bersama dengan kita.
Allah juga akan mengikut sangkaan kita
terhadap-Nya. Sewaktu kita berdoa, hendaklah kita yakin dan percaya Allah akan
memakbulkan doa yang kita panjatkan.
Dalam sebuah hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda,
Allah berfirman: Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap
hamba-Ku adalah mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, dan Aku bersamanya
apabila dia mengingati-Ku... (riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan
lain-lain)
Seterusnya anda bolehlah cuba –cuba menyambungnya .
Yang pasti , perkataan-perkataan tersebut biarlah yang positif supaya hasilnya
juga positif.
Terima kasih atas waktu anda .
No comments:
Post a Comment