Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada
suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda
bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu,
peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau
memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka
mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat
berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka
tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah
ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat)
untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat
demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh
Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.
(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman
Tarmidzi)
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment