Hari ini sehari suntuk
meraung kesakitan – kena penyakit GOUT . Itulah sedikit ujian yang diberi Allah
sebagai peringatan.
Seterusnya hari ini kita
akhiri renungan abjad yang dapat memberi ransangan positif terhadap kehidupan
seharian.
U- USRAH : Bermaksud
keluarga dalam Bahasa Melayu. Wujudkan usrah dalam keluarga supaya kita
sentiasa dapat memahami dan menasihati kelurga kejalan yang benar.
V- VARIASI : Kepelbagaian
dalam melakukan kebajikan amat menarik. Kadang-kadang kita bersedekah , senyum,
bantu tunjukkan jalan , membersih surau dan mesjid dan apa-apa yang sesuai di
kawasan anda.
W-WAJIB : Jangan sesekali
meninggalkan perkara-perkara yang diwajibkan oleh Allah SWT .
X- X-RAY : Sinaran X boleh
menembusi segalanya. Hinggakan organ dalaman kita dapat diambil ganbar. Tetapi
kita mesti sentiasa ingat ilmu Allah lebih dari itu, hingga mengetahui apa yang
belum terniat didalam hati kita.
Y- YAQIN : Setinggi tinggi
keyakinan ialah ‘haqqul yaqin’ . Meyakini bahawa alam semesta ini pada
hakikatnya adalah bayangan dari penciptanya.
Z- ZUHUD : Meninggalkan perkara
yang disukai kerana mengharapkan sesuatu perkara yang lebih baik dari itu di
akhirat kelak.
Oleh itu , bila anak-anak
kita mula membesar , ajarkan mereka pengertian Abjab yang lebih cenderung
kepada agama, bukan setakat A- anjing , B-babi, C-cicak
Tanamkan sifat berfikir
kepada sesuatu yang lebih mendalam dan bertanggung jawab.
No comments:
Post a Comment