Thursday, May 15, 2014

MEROKOK SAMBIL BERDOA – ROKOK ITU HARAM






Minggu sudah saya solat Mahgrib disatu mesjid di Pelabuhan Kelang . Semasa masuk mesjid terlihat papan tanda fatwa mengatakan ‘Merokok itu Haram’.


Semasa berdoa saya ternamapak seorang hamba Allah di luar sedang menadah tangan berdoa dan tangan sebelah lagi memegang rokok.


 Dalam satu hadis, bersabda nabi Muhammad SAW yg bermaksud :

  Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintah orang Mukmin dengan apa yang diperintahkan kepada semua Rasul dgn firmannya : “ Wahai sekalian Rasul! Makanlah kamu makanan yang baik dan beramallah dgn amalan yang soleh”. Allah berfirman lagi : “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kamu makanan yang baik dari rezeki yang Kami berikan”.

Kemudian Baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit (berdoa) : Wahai Tuhanku, Wahai Tuhanku, Wahai Tuhanku! Padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan disuapkan dengan yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya?(HR. Muslim)


Terima kasih.





No comments:

Post a Comment