Hari ini sakit gout saya
masih menjadi-jadi. Amat sakit. Semua perkara kena minta tolong. Ambil pen. Ambil
kertas. Ambil phone. Ambil cermin mata dan benda-benda kecil yang lain.
Itulah sebabnya, kita
sentiasa di tuntut bersyukur atas segala nikmat Allah. Umpamanya dalam surah Al
Baqarah -152 bermaksud:
“Maka ingatlah kepadaku nescaya Aku akan ingat
pula kepada kamu, dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan kamu bersikap
mengingkari ( nikmat )Ku.
Surah Ibrahim ayat 7
bermaksud :
“Dan ( ingatlah juga ) ,
tatkala Tuhan mu memaklumkan ; Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti kami
akan menambah ( nikmat ) kepadamu dan jika kamu mengingkari ( nikmatKu ) , maka
sesungguhnya azabnya sangat pedih”.
Setakat inilah yang termampu
untuk dikongsikan dengan anda . Kaki masih mendenyut , tetapi Alhamdulilah , jantung
masih berdegup.
Terima kasih atas perhatian
dan waktu anda.
No comments:
Post a Comment