Semasa saya di Kuching Sarawak tak lama dulu , saya perhatikan ramai anak-anak muda lelaki yang berperangai lembut di sana. Mereka ini ramai bekerja di restoran-restoran dan ramai juga yang bersiar-siar di merata bandaraya Kuching. Di Kuala Lumpur juga tidak kurang bilangannya mereka saperti itu.
Adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa melatih anak-anak dari kecil supaya bersikap yang sepatutnya, ia itu lelaki bersikap lelaki dan menjadi anak lelaki yang berani. Kalau tidak generasi kita akan datang susah untuk mempertahankan negara kalau semua sudah ‘berlembut’ dalam semua aspek.
Di antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah:
1. Jangan biarkan anak-anak menonton rancangan TV atau filem-filem menggerunkan walaupun sedikit.
2. Jangan biarkan anak-anak menonton siri kartun, ini akan ‘mengkartunkan’ minda bila dewasa nanti. Mungkin ada siri-siri kartun yang boleh di kecualikan.
3. Ajarkan mereka seni mempertahankan diri, semasa berbual dengan anak-anak katakanlah ‘’Kamu sudah menjadi juara, ayah pun sudah kamu kalahkan”.
4. Katakan pada anak-anak , “Hari ini kita cuma bermain sahaja, satu hari kamu mungkin akan berdepan dengan musuh Allah”
5. Ajarkan anak-anak menunggang kuda , memanah dan berenang. Sukan ini amat baik untuk menyemaikan sifat keberanian dan keyakinan diri anak-anak.
6. Selalu ingatkan anak-anak keperluan menjadi kuat supaya dapat mempertahankan keluarga, masyarakat dan negara bila dia dewasa kelak.
7. Semaikan rasa kasih sayang sesame Islam dari umur anak-anak lagi.
8. Beri anak-anak peluang memberi pendapat dan jadilah pendengar yang baik kepada mereka.
9. Ingatlah pendidikan anak-anak tanggung jawab ibu bapa. Kalau ibu bapa tidak berikan pendidikan yang betul , kita bukan saja akan menyesal di dunia malah akan menyesal sampai ke akhirat nanti.
Terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa untuk berfikir tentang masa depan anak-anak kita. Sekian.
No comments:
Post a Comment