Tuesday, January 21, 2014

MEMILIH SAHABAT





Banyak anak-anak muda sekarang terjerumus ke kancah kejahatan kerana tersilap memilih kawan. Dalam memilih kawan kita mestilah berlandaskan satu kaedah “Apabila engkau berada di tengah tengah suatu kaum maka pilihlah orang-orang yang baik sebagai , dan janganlah engkau bersahabat dengan orang-orang jahat sehingga engkau akan binasa bersamanya”

Di antara ciri sahabat sejati menurut Imam Al Ghazali ialah :

1. Jika kamu berbuat baik kepadanya , maka ia akan melingdungimu.

2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas persahabatan itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan , maka ia berusaha membantu

4. Jika engkau berbuat baik kepadanya , ia menyambutnya.

5. Jika ia menerima kebaikan darimu , ia akan menghargainya.

6.Jika ia melihat keaiban mu , ia akan menutupinya.

7. Jika engkau meminta bantuan , ia akan berusaha membantu.

8. Jika engkau diam ( malu untuk meminta ) maka ia akan bertanyakan masalah kamu.

9. Jika kamu menghadapi masalah , ia akan cuba meringankan.

10. Jika engkau berkata benar nescaya ia akan membenarkan mu.

11. Jika kamu merancang kebaikan , ia dengan senang hati membantu.

12. Jika kamu berdua berbeza pendapat atau berselilsih faham nescaya ia lebih mudah mengalah.

Itulah ciri-ciri sahabat yang baik. Terima kasih.






No comments:

Post a Comment