Monday, January 20, 2014

10 LANGKAH MENGHAMPIRI ALLAH



Adalah menjadi tanggung jawab setiap orang-orang Islam mesti menghampiri Allah hari demi hari . Dengan hampirnya kita kepada Allah , barulah doa-doa kita mudah dikabulkan dan kita sentiasa dalam rahmat Allah –Inshaa Allah

Berikut adalah 10 langkah untuk menghampiri Allah :

1. Melakukan segala yang di suruh dan meninggalkan segala yang dilarang.

2. Melakukan solat-solat sunat termasuk solat malam ( tahajjud )

3. Zikir mengingati Allah dan mengagungkanNya .

4. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah.

5. Mendampingi Al Quran ( membaca dan memahami )

6. Mendampingi orang-orang soleh

7. Menakuti dan berharap pada Allah

8. Puasa Sunat semata-mata kerana Allah.

9. Bertaubat sungguh-sungguh kerana Allah 

10. Berakhlak baik dan merendah diri.



Kita cuba merumuskan pengajaran Islam terhadap akhlak orang-orang Islam saperti berikut :

1. Sentiasa jujur –jangan berbohong

2. Sentiasa ikhlas dan jangan munafik

3. Sentiasa merendah diri, jangan bongkak

4. Sentiasa bersederhana jangan membazir.

5. Sentiasa bercakap lemah lembut , jangan meninggi suara

6. Sentiasa cermat dalam perbualan , jangan gunakan bahasa kasar atau keji

7. Sentiasa berkasih sayang dan mengambil berat sesama manusia

8. Sentiasa bertimbang rasa jangan berkasar

9. Sentiasa bermurah hati dan dermawan dan jangan kedekut

10. Sentiasa memberi maaf dan jangan bermasam muka.



11. Sentiasa berkongsi dan bersyukur akan pemberian Allah dan jangan tamak.

12. Sentiasa riang dan peramah dan jangan ‘muka serabut’

13. Sentiasa peka keadaan sekeliling dan jangan terlalu pelupa dan ‘tak ambil kisah’

14. Sentiasa bersih dan berterampilan 

15. Sentiasa optimistik dan menaruh harapan

16, Sentiasa berkeyakinan dan keimanan yang tinggi

17. Sentiasa memberatkan kerohanian dan bukan terlalu materialistik.

18. Sentiasa yakin dengan pertolongan Allah

19. Sentiasa bersungguh-sungguh dengan tugasan anda dan jangan ambil sambil lewa.

20. SENTIASA BERSYUKUR , BERDOA PADANYA DAN JANGAN LUPAKAN PEMBERIANNYA.

Hanya Allah yang boleh memberi segala-galanya.

Terima kasih dan teruskan menghampiri Allah.






No comments:

Post a Comment