Saturday, January 9, 2010

LEHER PANJANG

Semalam saya menonton dokumentari oleh National Geographic channel. Dokumentari tersebut berkenaan kebudayaan yang pelik-pelik diseluruh dunia.
Di utara Thailand umpamanya ada satu kaum yang meletakkan gelang tembaga dikeliling leher anak-anak perempuan mereka. Lama-kelamaan leher mereka akan menjadi panjang. Ramai juga yang dijangkiti penyakit kulit di leher, di bahu kerana kebersihan tidak dapat dikawal di sekitar leher yang panjang itu.
Disebuah negara Afrika pula, kayu berbara dan batu yang panas dicucuh (ditekankan) ke atas payudara anak-anak muda supaya payudara itu tidak membesar. Perbuatan ini dilakukan selama 30 hari disertai raungan dan tangisan anak-anak muda tersebut.
Di negara-negara moden pula hampir semua anggota manusia, lelaki dan perempuan dibedah, dipotong dan diubah suai atas nama kecantikan. Hidung ditinggikan, payudara ditegangkankan, dan tak kurang ramainya punggung lelaki dibesarkan dengan memasukkan sejenis gel keras. Proses ini bukan sahaja menyakitkan malah banyak yang membawa maut.
Ada perkara yang wajib dilakukan oleh umat Islam dengan mudah. Dan kalau sengaja tidak lakukan padahnya sangat besar bukan saja penderhaka itu dicucuh dengan bara api atau batu panas malah akan dicampak ke dalam api tersebut yang dipanggil NERAKA buat beberapa lama. Perkara itu ialah AMALAN WAJIB seperti:
a) Solat waktu lima kali sehari semalam cuma mengambil masa lebih kurang tujuh minit satu waktu.
b) Puasa di bulan Ramadhan cuma 30 hari dalam setahun. Itupun dimulakan dengan sarapan bagi (sahur) dan diikuti berbuka puasa di malamnya.
c) Zakat pula kalau dah cukup untuk diri sendiri, baru dikeluarkan .
d) Haji sangat mudah, seperti melancong. Kosnya pula jauh lebih murah dari meninggikan hidung melalui pembedahan plastik.
Malangnya masih ramai kawan-kawan kita tidak melakukan dan tidak menunaikan perintah-perintah Allah ini. Allah telah berpesan supaya kita semua mengajak manusia kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan. Dimulakan dengan keluarga kita, orang-orang yang rapat dan orang-orang sekeliling kita. Itulah apa yang dikatakan sebagai amar ma'ruf nahi munkar.

No comments:

Post a Comment