Beberapa minggu sudah saya diberikan oleh Imam Umair beberapa biji kacang botol untuk ditanam ditaman surau. Keesokannya saya terus menanam biji benih tersebut, tetapi membawa beberapa biji untuk ditanam dirumah. Malangnya yang dirumah itu tidak ditanamkan sehingga hari ini. Perbezaannya amat ketara sekali apabila pokok yang disurau sudah hampir berbunga dan yang dirumah masih "kekeringan ".
Begitulah ceritanya kalau dikaitkan dengan hidup seharian. Kalau kita menangguh-nangguh untuk membuat kebaikan , alangkah ruginya pahala waktu-waktu yang tertangguh itu. Kalau nak mula solat berjemaah ditangguh-tangguhkan hingga bila? , mungkin tak kesampaian. Kalau nak belajar bahasa asing orang yang dah mula mungkin dah faham AlQuran , jika bahasa yang dipelajari itu bahasa Arab. Begitu, begitu dan begitulah seterusnya.
Tapi kalau kahwin ditangguh-tangguhkan pula lagi parah .Solat dan ibadat orang yang sudah berkahwin itu lebih nisbahnya dari sibujang. Peluang menjalin siraturrahim juga lebih luas kerana penambahan keluarga dari pihak mentua. Kawan-kawan sebaya yang sudah berkahwin pula mungkin sudah beranak pinak , yang bujang cuma dapat mengira orang punya anak . Jadi dalam mengerjakan kebaikan janganlah tunggu lama-lama.
Tiga perkara yang patut disegerakan didalam Islam iaitu, mengkebumikan orang yang dah meninggal, mengahwinkan anak yang dah layak kahwin dan mengIslamkan orang yang nak masuk Islam.Sepekara lagi Allah sangat suka orang-orang yang menyegerakan TAUBAT .

No comments:
Post a Comment