Wednesday, January 13, 2010

TOK JANGGUT DITEBING SUNGAI

Semasa menuruni tebing sungai disebuah resort, saya ditunggu oleh seorang yang tidak dikenali yang berjanggut panjang. Siapa dia ni? manusia atau orang halus. Dalam hutan pulak tu ! . Seram juga rasanya. Sesampai saya ditebing sungai dia terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya dan terus berkata kepada saya. "Encik, saya akan menceritakan kepada Encik sesuatu yang memalukan saya, tapi takpelah , lepas ni kita tak akan berjumpa lagi" .


Kemudian dia terus bercerita , "saya ada anak perempuan dalam tingkatan tiga, satu hari bila dia membuka tudungnya ,saya ternampak dia memakai tiga subang disetiap telinganya. Melihat subangnya yang agak tidak sopan itu saya memarahinya , malangnya dia lari dari rumah. Sesudah dua minggu dia ditemui semula. Tak cukup kah duit yang saya beri tiap-tiap hari tu? tak cukup kah pakaian , buku, handphone dan top up yang saya dan isteri saya sediakan. Dan soal jawab saya berterusan lagi. Rupa-rupanya tanpa saya ketahui , anak saya sudah mula dijinak-jinakkan untuk menjadi pelacur muda. Alhamdulillah, perkara yang terkutuk itu belum terjadi. Rupa-rupanya Encik " dia menyambung ceritanya yang panjang lebar itu, " segala pemberian material kita kepada anak-anak kita tidak mencukupi, mereka memerlukan KASIH SAYANG . Kita bukan menternak anak-anak tetapi kita sepatutnya mendidik mereka . Jadi sebab itulah saya datang hari ini bersama semua anak-anak saya untuk sama-sama menjalin kasih sayang yang sudah lama terabai"


Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada beliau yang sudi berkongsi pengalaman bersama saya, dan saya juga cuba berkongsi dengan lebih ramai orang supaya kita sama-sama mengelakkan perkara yang buruk itu dari berlaku kepada semua orang. Dari pergaulan dan pembacaan ,saya dapati kebanyakan anak-anak yang terpesong ini adalah disebabkan ibu bapa yang terlalu sibuk, tiada masa untuk mendengar bisikan manja anak-anak hinggakan mereka bermanja dengan gejala-gejala yang bahaya dan negatif. Cium, belai dan berilah kasih sayang kepada anak-anak kita, SEKARANG. terima kasih.


No comments:

Post a Comment