Semalam, dalam perjalanan untuk Solat Jumaat,saya ternampak papan tanda Masjid Abu Bakar As-Siddiq ini, penuh ditampal dengan iklan-iklan "ah-long". Kalaulah orang baru datang tercari-cari akan masjid ini , tentulah dia tidak dapat melihat petunjuk yang sebenar. Ke kiri, ke kanan, atau ke depankah masjid itu.
Inilah tanda yang manusia makin hancur akhlaknya. Tidak menghormati hak orang lain, tidak ada rasa tanggungjawab lagi, tidak memikirkan susah orang lain. Kalau budaya ini akan berleluasa, awas, dunia akan menjadi tempat yang tidak selesa untuk diduduki lagi. Kita semua akan menjadi mangsa manusia yang tamak ini dan hidup dalam ketakutan.
SEKARANG, kita semua perlu bertindak. Anak, keluarga dan mereka yang dibawah kuasa kita mesti disalurkan ke jalan kesempurnaan akhlak sebelum terlambat.
No comments:
Post a Comment