Tuesday, September 3, 2013

TAULADAN DARI PENSIL





Seorang pembuat pensil menasihati pensilnya sebelum memsukkan pensil pensil tersebut kedalam kotak. Ada lima perkara yang perlu kamu lakukan untuk menjadi pensil yang berjaya “katanya :

1. Kamu akan berjaya kalau kamu berada dalam pegangan tangan seseorang.

2. Sesekali kamu akan terasa sedikit kesakitan ketika ditajamkan , tetapi ia perlu untuk menjadikan kamu berjaya.

3. Kamu mesti membetulkan kesilapanmu dengan getah pemadammu.

4. Perkara yang paling mustahak ialah perkara dalaman kamu.

5. Diatas setiap permukaan kamu tulis kamu mesti meninggalkan tulisan walaupun dalam keadaan susah”

Pensil-pensil tersebut memahami dan berjanji akan mengingati pesanan tersebut dan mereka di masuk kedalam kotak dengan penuh matlamat.

Sekarang kita gantikan watak pensil tadi kepada watak anda. Kalau kerap diamalkan ia akan mendorong anda kearah kejayaan ! Sentiasa ingat dan jangan sesekali melupakan tauladan yang indah ini :

1. Anda akan mampu untuk mencapai banyak kejayaan –kejayaan yang luar biasa jika anda sentiasa mengikut pedoman Allah/Tuhan dan terimalah permohonan pendapat , tunjuk ajar dan bimbingan oleh manusia lain.

2. Anda akan menghadapi beberapa ujian , dugaan dan keperitan hidup tapi itu semua mustahak untuk mematangkan dan menguatkan anda.

3. Anda perlu membetulkan dan memperbaiki kesilapan anda.

4. Yang paling mustahak dalam diri anda ialah dalaman anda . Hati dan rohani anda.

5. Dimana pun anda berjalan , di universiti , bersama masyarakat , bekerja, anda mesti melaksanakan tanggung jawab anda dengan cemerlang.

Gunakanlah cerita pensil ini sebagai contoh dan galakan , sama ada semasa anda belajar ataupun sudah bekerja nanti, apatah lagi dalam kehidupan berumahtangga. Terima kasih.



Quote of the day


No comments:

Post a Comment