Petang tadi pergi ke TBS – Terminal Bersepadu Selatan , menghantar seorang sahabat yang nak balik ke Singapura. Buat pertama kali ke sana , rasa macam diluar negara pula. Semasa balik ke parking aras lima , saya terkejut melihat kereta berhampiran kereta saya telah dicuri dua rim belah kanan.Mungkin rim yang dua lagi tidak sempat di curi.
Di sana ramai pegawai keselamatan . Ada juga kamera litar. Ramai orang lalu lalang, tapi kalau hati manusia itu tidak dipagar dengan eitka keislaman , manusia tetap melakukan kejahatan walaupun didalam penjara besi. Akalu anda ingin hidup dalam keamanan dan ketenteraman , cubalah sebarkan nilai akhlak Islam yang mulia berikut :
1. KEBENARAN – AL QUR’AN 33:70 /9:119/4:135
2. KEIKHLASAN – AL QUR’AN 39:2/ 61:3/107:4-6
3. TIDAK MEMENTINGKAN DIRI – AL QUR’AN 3:91 / 76:8-9 /74:6
4. MERENDAH DIRI – AL QUR’AN 26:63 / 31:18 / 53: 32
5. SABAR – AL QUR’AN 3:145 / 2 : 155-156
6. PEMAAF – AL QUR’AN 24: 22 / 3: 134 / 42 :37
7. KESUCIAN DAN KEBERSIHAN – AL QUR’AN 87 : 14-15 / 74 : 4 – 5
8. KEJUJURAN – AL QUR’AN 17 : 34-35 / 2 : 188
9. KEBAIKAN KEPADA ORANG LAIN – AL QUR’AN 16 : 90
10. BERTIMBANG RASA DAN MENGHORMATI ORANG LAIN – AL QUR’AN 24: 27- 28 /49 : 12
11. BERANI – AL QUR’AN 3: 173
12. SEDERHANA - AL QUR’AN 7 : 31 / 17 : 29
13. PERIANG – “ SENYUM ADALAH SEDEKAH” MAKSUD HADIS RASULLULLAH S.A.W
Kalau sifat-sifat ini dapat di amal dan di sebarkan , sudah pasti dunia ini akan lebih aman dari yang ada sekarang . In shaa Allah . Terima kasih.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment