Pagi tadi saya dapat berita bahawa tauke Restoran ‘Mamak' yang tersohor di Malaysia merasmikan pecah tanah pembinaan sebuah kuil. Kemudian satu lagi cerita ada pula Restoran Kek yang popular juga di negara kita menggunakan bahan yang tidak halal . Banyak lagi kes-kes serupa .
Maka banyaklah reaksi yang datang dari pembaca. Ada mengatakan “Aku nampak dia gantung ayat Qur’an kat kedai itu” “Kalau ada logo halal , ok la, apa nak susah-susah” “Kalau itu tak boleh makan , ini tak boleh makan , apa lagi nak makan”
Celupar sungguh mulut manusia terhadap tuntutan penciptanya dan pencipta seluruh alam ini. Firman Allah bermaksud :
“Oleh itu makanlah ( wahai orang-orang yang beriman semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata” ( Surah al-Baqarah ayat 172)
Kemudian Rasulullah S.A.W telah menceritakan kisah seorang lelaki yang berdoa bermaksud: “Ya Rabbi, Ya Rabbi !” sedangkan ia memakan makanan yang haram dan pakaian yang dia pakai dari harta yang haram dan ia meminum dari minuman yang haram, bagaimana mungkin akan di terima doanya” Riwayat Muslim.
Juga Rasullullah S.A.W telah bersabda bermaksud:
“Setiap daging yang tumbuh daripada sesuatu yang haram maka api neraka baginya adalah lebih utama” ( Hadis Riwayat Tirmizi )
Saya ingin memperingati diri saya dan anda pembaca semua, kalau ada manusia lain yang ingin memberi penjelasan kepada kita , nasihat tunjuk ajar, terimalah dengan hati terbuka. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz R.A yang selalu meminta penasihat-penasihatnya menasihati beliau dan pernah berpesan “Sentiasalah disampingku wahai Umar ! ( juga nama penasihat khas beliau) , apabila engkau mendapatiku menyimpang daripada kebenaran , maka peganglah hujung bajuku dan goncanglah dengan kuat serta katakana kepadaku: “Takutlah engkau kepada Allah wahai Umar bin Abdul Aziz ! , sesungguhnya esok hari engkau akan mati”
Adakah kita bangsa Melayu ini terlalu susah untuk menerima nasihat kerana berkurun-kurun berpegang dengan cogan kata “TEPUK DADA TANYA SELERA” Tanyalah Iman ! Terima kasih.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment