Saturday, September 14, 2013

HELLO , NAK MAKAN BUAH NAM NAM






Jam 10 pagi tadi saya mendapat panggilan dari seorang sahabat, mengajak saya kerumahnya makan buah-buahan kampong. Ayah beliau yang baru sampai dari Kelantan membawa banyak buah-buahan termasuk buah NAM NAM.

Buah Nam-Nam ? Semua tetamu tertanya-tanya. Buah apa ni? Oleh kerana saya yang paling senior dalam majlis tersebut, dan pernah melihat buah itu di kampung dulu, maka terpaksalah saya ceritakan sedikit sebanyak tentang buah Nam-Nam dan fakta yang berkaitan:




Nama tempatan Nam-Nam

Nama saintifik : Cynometra Cauliflora

Nama-nama lain: Buah katak puru, amphawa, namu-namu, Kopi anjing, Buah langka Indonesia, Sawo anjing, Kalambosa, dan lain-lain lagi

Khasiat: Ubat darah tinggi, boleh menguruskan badan, merawat batu karang.




Semasa pokok ini banyak didapati dikampung-kampung pada satu ketika dulu, batangnya digunakan untuk membuat gasing. Kali terakhir saya melihat pokok dan buah Nam-Nam ini ialah 17 tahun yang lalu. Kalau anda tidak mencarinya dari sekarang , mungkin anda akan dapat melihatnya hanya di syurga. Terima kasih.


Quote of the day



No comments:

Post a Comment