Wednesday, September 11, 2013

AT TAKAATHUR





Beberapa minggu lalu saya terjumpa dengan kawan lama di sebuah Restoran. Saya menyapa dia dan dia pun sudah tidak mengenali saya. Kawan saya ini adalah Ahli Perniagaan yang berjaya. Rumah ada beberapa buah di Subang Jaya, di Kota Kemuning dan beberapa buah condo di sekitar Lembah Kelang.

Anak-anak dia pun di belikan kereta semasa belajar lagi. Keadaan dia sekarang nampaknya tidak berapa sihat. Tapi yang lebih menyedihkan isterinya masih tidak menutup aurat walaupun berumur dalam lengkongan 60 tahun. 

Hari ini saya teringat akan satu tafsir surah At Takaathur yang disampaikan oleh Dr. Yasir Qadhi. Kalau anda semua terlalu sibuk , paling kurang bacalah dan renungkan terjemahannya:

AT TAKAATHUR 

1. Kamu telah dilekakan oleh pertandingan memperbanyakkan (harta kekayaan,
anak-pinak, pangkat dan pengaruh).

2. Sehingga kamu mengunjungi kubur-kubur (tanpa rela).

3. Janganlah begitu,  kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),

4. Sekali lagi (diingatkan), Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui
akibatnya!

5. Janganlah begitu! kerana jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang
yakin (nescaya kamu tidak berbuat demikian),

6. Demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang.

7. Kemudian demi sesungguhnya! Kamu akan melihatnya dengan penglihatan
yang yakin.

8. Kemudian sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala
nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Marilah kita sama-sama mendoakan kawan saya suami isteri , umat Islam sedunia supaya melaksanakan tuntutan Islam yang sebenarnya sebelum kita dipanggil ke mahkamah Allah. Terima kasih kerana sama-sama berfikir.



Quote of the day









No comments:

Post a Comment