Tuesday, September 24, 2013

ZOOLOGY DALAM AL QUR’AN





Al Qur’an telah mendedahkan fakta yang tepat berkenaan ‘Zoology’ . Ini amat berharga sebagai bahan penyelidikan dan sekaligus telah melahirkan ramai pakar-pakar ‘Zoology Islam’ . Di antara ayat-ayat ‘Zoology dalam Al Qur’an ialah dalam surah An Nahl ( lebah) ayat 5 bermaksud :
“Dan binatang-binatang ternak itu , ia juga menciptakannya untuk kamu, terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain, dan daripadanya juga kamu makan”

Ayat 6 bermaksud :

“Dan pada kamu binatang –binatang ternak itu , keindahan ( yang menarik hati) ketika kamu membawa balik untuk berehat ( pada waktu petang) dan ketika kamu membawanya keluar ( pada waktu pagi)”

Diantara pengkaji ‘Zoology’ Islam yang awal ialah Abu Ubaidah ( 728 -825 masehi).Beliau telah menulis lebih 100 buah buku dan 50 daripadanya ialah berkaitan kuda.

Al Jahir pula ( lahir 776 masehi ) di katakan sebagai ahli ‘Zoology’ Islam yang tersohor menghasilkan ‘Kitab Al Haywan’ , teori evolusi dan ‘psychology binatang’. Nama-nama lain termasuk  Al Damiri – Mesir 1405 , menghasilkan ‘Hayat Haywarz’ adalah buku ‘zoology’ yang paling bernilai dalam sejarah  Islam. Ramai lagi nama-nama yang tersohor dalam bidang ini , yang tidak sempat saya senaraikan.




Banyak sebab-sebab yang menyumbang kepada kelahiran ahli ‘Zoology’ ini. Di antaranya ialah kegunaan binatang-binatang di bidang pertanian dan pengangkutan. Sebab lain yang agak ketara juga ialah hobi Raja-Raja dan Pembesar negara ketika itu memelihara binatang-binatang exotik saperti merak, burung helang dan kuda , selain dari binatang-binatang domestik yang lain. Binatang-binatang terpilih juga di jadikan hadiah di antara pemerintah dua negara dan ini melahirkan keperluan kepada pakar-pakar ‘zoology’ dalam pemuliharaan binatang-binatang tersebut.

Banyak lagi ayat-ayat Al Qur’an yang membicarakan tentang binatang, di antaranya ialah :

Surah An Nahl ayat 7,8,16,66,68,dan 69

Surah An Najm ayat 45,46,dan 47

Surah Al An’am ayat 38

Surah Al Ankabut ayat 41

Banyak lagi Surah-Surah yang menceritakan tentang kehidupan bermasyarakat semut, lebah, burung dan ayat-ayat mengajak manusia berfikir tentang kebolehan burung terbang di udara.




Pada zaman dulu manusia mungkin menyangka cerita-cerita di dalam Al Qur’an hanyalah sebagai khayalan . Umpamanya ayat 17-18 dari surah An Nahl menceritakan tentang perbualan masyarakat semut mengelak dari terpijak oleh tentera Nabi Sulaiman. Rupa rupanya sesudah dikaji struktur masyarakat semut amat hampir dengan cara hidup manusia umpamanya :

1. Semut mengkebumikan semut semut yang mati

2. Semut mempunyai system pengurusan pekerja yang canggih , mereka ada pengurus, penyelia, juruteknik dan buruh

3. Sesekali semut berjumpa untuk ‘bersembang’ sesama mereka.

4. Mereka ada cara berkomunikasi yang canggih dan unik.

5. Mereka ada ‘pasar’ tempat bertukar-tukar barangan.

6. Yang anih lagi semut menyimpan bijiran pada waktu yang lama. Jika biji itu tumbuh , mereka akan memotong akarnya. Jika bijiran itu basah , ia akan di keluarkan dari ‘store’ untuk di keringkan dan di simpan semula.

Maha suci Allah , itulah sebab ramai orang-orang menganut Islam sesudah membaca Al Quran dengan hati yang terbuka. Al Qur’an sememangnya satu mukjizat yang agung. Terima kasih kerana membaca dan terima kasih kerana berkongsi fakta ini dengan kenalan anda.



Quote of the day




No comments:

Post a Comment