Saya pernah terbaca satu mutiara kata yang lebih kurang berbunyi “ Kalau anda tidak bangun malam untuk berdoa , anda tidak bersungguh-sunguh dengan hajat anda” . Situasi ‘sungguh-sungguh ‘ ( serious ) itu juga mungkin boleh digambarkan oleh cerita berikut :
Aku adalah seorang peniaga yang berniaga dari satu tempat ke satu tempat. Satu hari sesudah menurunkan barangan dari belakang unta, ditengah-tengah padang pasir yang sunyi aku didatangi seorang perompak . Perompak berkata “ Aku akan bunuh engkau dan ambil semua harta engkau” . Aku merayu : “Ambillah semua apa yang kamu mahu, tapi janganlah bunuh aku” Perompak menjawab “Kamu tetap akan ku bunuh” “Kalau kamu hendak bunuh juga aku , berilah aku peluang untuk solat dua rakaat”.
Perompak memberi kebenaran . Satu rakaat berlalu. Kemudian dua rakaat. Kemudian sujud terakhir. Allah ada memberitahu bahawa ketika sujud, manusia terlalu hampir denganNya . Oleh itu mintalah segala hajat semasa sujud.
Ketika itu peniaga menyebut nama-nama Allah, sifat-sifat Allah , kelebihan dan kekuasaan Allah berdoa berkali-kali meminta bantuan Allah. Berulang kali menyebut-nyebut “Ya Allah yang maha penyelamat, selamatkanlah aku” Di ulang lagi , di ulang . Belum habis doa peniaga tersebut , dia terdengar bunyi tapak kaki kuda, dengan seorang penunggang yang gagah datang. Perompak melihat kea rah penunggang kuda tersebut, dan sebelum sempat melakukan apa-apa , kepala perompak tersebut telah di pancung.
Peniaga memeluk pemuda tersebut. “Terima kasih banyak-banyak kerana kerana telah menyelamatkan nyawa aku . Siapakah Tuan ini? “Aku adalah MALAIIKAT , dari langit ke empat” Malaikat menyambung “Semasa kamu berdoa buat kali pertama , kami mendengar. Bila kamu berdoa buat kali kedua , langit bergoncang. Bila kamu berdoa buat kali ketiga , kami bergegas menuju Allah , meminta izin untuk membantumu, Allah memberi keizinanNya”
Tiba-tiba Malaikat itu menghilang diri. Sesungguhnya doa manusia yang di zalimi itu tetap di dengar oleh Allah. Diantara ciri-ciri orang yang mustajab doanya ialah :
1.Seseorang yang pergi Haji.
2. Seseorang yang jihad di jalan Allah
3. Seseorang yang sakit
4. Imam yang adil
5. Doa orang yang di zalimi
6. Doa anak soleh untuk ibubapanya
7. Doa ibu bapa soleh untuk anaknya
8. Doa orang Mukmin untuk saudaranya
9. Seseorang yang mendoakan 40 orang Mukmin sebelum mendoakan untuk dirinya.
10. Doa orang yang berpuasa hingga berbuka .
11. Doa orang yang ber Umrah hingga kembali ke daerahnya
12. Doa seseorang untuk orang lain yang tidak ada ditempatnya.
13. Doa orang musafir
14. Doa orang mudhtharr ( yang sedang dalam kesulitan, terhimpit atau terdesak)
15. Selain itu setiap Muslim atau Muslimah mempunyai potensi untuk dikabulkan doanya.
Yang paling mustahak dan utama , kita mesti sentiasa berdoa, memohon pertolongan Allah. Terima kasih, sama-sama kita doakan semua umat Islam di dunia ini faham akan agamanya.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment