Tuesday, September 17, 2013

HADIAH DARI CINA





Sebelum solat Zohor tadi, tiba-tiba seorang penuntut dari negeri Cina menghampiri saya dan memberikan sedikit hadiah. Sejenis makanan ringan .Sebelum ini, penuntut  Madrasah Antarabangsa Al Hikmah itu telah menghadiahkan saya ‘China Knot’ sekembalinya dari cuti Idul Fitri baru-baru ini. Sebelum itu dia pernah menghadiahkan saya ‘Chinese Tea’ .



Dari pemerhatian saya, budak Nuruddin ini betul-betul beramal dengan ajaran Islam, kerana banyak Hadis-Hadis Rasulullah S.A.W telah menggalakkan pemberian hadiah sama ada sesama Islam atau sesama manusia, diantara Hadis-Hadis tersebut bermaksud :

1. “Saling menghadiahkanlah kalian niscaya kalian akan saling mencintai” ( HR Al-Bukhari)

2. “Wahai wanita-wanita Muslimah, jangan sekali-kali seorang tetangga menganggap remeh untuk memberikan hadiah kepada tetangganya walaupun hanya sepotong kaki kambing (HR Al-Bukhari)

3. “Wahai Abu Dzar, bila engkau memasak makanan berkuah maka perbanyakkan air/kuahnya dan berikan kepada tetanggamu” (HR Muslim)

4. “Maka jagalah diri kalian dari neraka walaupun dengan bersedekah sepotong belahan kurma” (HR Al-Bukhari)

Dengan sikapnya yang selalu memberi hadiah ini, dia dipermudahkan Allah untuk menerima ilmu. Dua tahun dulu, saya terjumpa dia semasa hari pertama mendaftar di Madrasah. Tidak tahu bercakap sepatah bahasa Inggeris, apatah lagi bahasa Melayu. Sekarang sudah boleh bercerita dalam bahasa Inggeris. Rupa-rupanya bila manusia gembira dengan kita , Allah pula redha, segalanya akan dipermudahkan oleh Allah. Tahniah dan teruskan Nuruddin !


Quote of the day


No comments:

Post a Comment