Sunday, September 8, 2013

SELAMAT HARI JADI MUZRI !







Salam Muzri. Papa bersyukur kerana dikurniakan Allah anak saperti Muz. Papa gembira dengan Muz. Walaupun tahun berganti , umur Muz bertambah, Papa masih merasakan Muz adalah ‘Baby’ Papa, disayangi, dimanjakan dan masih dibelai , mungkin tanpa MUz sedari. Dalam peribadi Muz banyak yang menyamai Papa. Tapi harapan Papa , buanglah perkara negatif yang sama dengan Papa, terutamanya sifat tidak sabar.Banyakkan bersabar , kerana itulah sifat kekuatan kita orang Islam yang sebenarnya.



Papa sertakan disini satu cerita untuk renungan bersama:

Suatu hari Ibrahim bin Adham ( wali Allah ) ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk” Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya. Lelaki tadi terkejut dan berkata , “Wahai orang tua , andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma, Janganlah menangis kerana ini.” 
 
Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada  duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah ? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk kedalamnya? 

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran semoga umur-umur Muz mendatang dikurniakan Allah dengan kesabaran dan keimanan yang lebih mantap. 

From Papa.


Quote of the day



No comments:

Post a Comment