Thursday, September 19, 2013

MESTI BACA – AL-QUR’AN TERAPI PERMASALAHAN





Yakinlah kita dengan ayat berikut , bermaksud :

“Hai manusia sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit ( yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman” ( Yunus :57)

Kata Al- Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah pula:

Sesungguhnya Al-Qur’an itu keseluruhan adalah penawar. Ia merupakan penawar hati daripada penyakit kebodohan , syak wasangka dan keraguan.

Kalau anda serius  untuk menghidupkan Al-Qur’an dalam kehidupan anda sebagai benteng kepada permasalahan dan ubat kepada penyakit, cubalah amalkan setiap langkah berikut: FAHAMI SETIAP AYAT AL QUR’AN YANG DI BACA DAN KAITAN IA DENGAN MASALAH DAN PENYAKIT ANDA. Kemudian renunglah maksudnya yang tersirat.

1. Bila anda membaca ayat Al-Qur’an , katakan pada diri anda ‘Ini adalah ayat Allah”. Bukan bacaan dari Imam, Radio ataupun TV . Jika anda berfikiran begitu, tentulah anda dapat merasai Allah sedang memerhatikan reaksi anda terhadap ayat-ayatnya.Dengan ini anda telah membuat hubungan yang terus dengan ayat-ayat tersebut.

2. Bila anda mendengar atau membaca ayat-ayat Al Qur’an , katakanlah “ Nasihat ini untuk aku” Bukan untuk orang lain, orang munafik, orang engkar atau sesiapa yang lain dari diri anda.

3. Setiap yang berlalu adalah kadar dari Allah, jadi ayat-ayat yang kita baca juga adalah juga sebahagian ketentuan Allah . Tanyalah “Mengapa Allah menyuruh aku membaca ayat ini hari ini?

4. Semasa membaca ayat-ayat Al-Qur’an , berilah sepenuh tumpuan dengan pemikiran , mata , telinga dan hatu anda. Jangan fikir yang lain-lain . Gunakan sepenuh daya fikir anda untuk melihat maksud ayat tersebut.

5. Akhirnya , bersyukurlah pada Allah , seikhlas mungkin dengan PERBUATAN ! TINDAKAN HARIAN SETERUSNYA :

a). Buka Al Qur’an dan pilih satu ayat.

b). Baca ayat. Baca terjemahan. Fahami maksudnya dan kaitkan dengan masalah anda dan suasana masyarakat sekeliling.

c.) Tuliskan dalam buku ‘TERAPI’ anda ayat tersebut dan tuliskan kata kunci:
1. Tema ayat
2. Tindakan peribadi anda.
Contoh Surah 65:3 – Berharap hanya pada Allah
                                    - Tambahkan doa
- Kurangkan merungut pada kawan-kawan bila menghadapi masalah.

d) Jadikan misi anda pada hari itu untuk melaksanakan , mempraktikkan tuntutan ayat tersebut.

e) Kongsikan pengalaman , pengajaran yang anda dapati dari ayat berkenaan bersama orang lain.

Akhir kata , mulakan setiap amalan anda dengan doa , semoga Allah memudahkan urusan anda.

Surah Saad ayat 29 bermaksud :

“(Al-Qur’an ini ) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu ( dan umatmu wahai Muhammad) – Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya , untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”

Terima kasih.



Quote of the day



No comments:

Post a Comment